Khamis, 6 Januari 2011

2011: Selangor Darul Ehsan Makin 'PANAS'

    5:52:00 PG   No comments


Dah hampir seminggu awal tahun baru 2011 berlalu, keadaan suhu politik di negeri Selangor nampaknya masih belum ada menunjukkan tanda-tanda penurunan, malah suhu tersebut semakin meningkat dan bertambah panas ekoran daripada beberapa peristiwa yang berlaku di negeri Selangor baru-baru ini.

Antara isu yang paling hangat diperkatakan hingga sekarang ini ialah berkenaan dengan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru iaitu Datuk Mohd Khusrin Munawi. Perlantikan beliau ini mendapat tentangan yang begitu hebat dari segenap penujuru, hingga Sultan yang memberikan perkenan perlantikan tersebut pun sanggup disanggahnya atas sebab perlantikan Datuk Khusrin itu, tidak memenuhi selera cita rasa dan kriteria diharap oleh segelintir individu yang mempunyai kepentingan politik serta niat tertentu dalam kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR).

Sedikit sebnyak isu ini berjaya menenggelamkan kehangatan bahang pilihan raya kecil di kawasan Dun Tenang yang bakal diadakan tidak lama lagi. Seluruh media cetak dan media elektronik sekarang ini lebih banyak memberikan tumpuan lapuran mereka mengenai isu perlantikan SUK Negeri Selangor yang menimbulkan pelabagai cerita kontroversi oleh segelintir pihak terutama sakali dari kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Sekiranya isu kemelut perlantikan SUK ini tidak dapat diselesaikan dan dibendung dengan berkesan, dikhuatiri ia akan membawa ancaman daripada segi politik, ekonomi, sosial dan kewangan kepada negeri selain itu juga, ia turut membuatkan rakyat negeri Selangor berada di dalam dilema, tidak tahu mana satu pihak yang benar dan pihak yang salah.

Terbaru, satu kenyataan akhbar oleh pihak Istana telah dibuat bagi menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru. Dalam kenyataan itu juga menegaskan bahawa perlantikan SUK negeri Selangor yang baru, adalah sah dan ia berjalan mengikut segala prosedur yang ditetapkan serta selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2 (a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Tidak pasti apa sebabnya pihak kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Gagap sukar untuk menerima perlantikan SUK yang baru yang telah mendapat perkenan dari Sultan. Adakah sebab dendam lama seglintir pemimpin PR Selangor terhadap Datuk Khusrin semasa beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Atau pun kerajaan Khalid gagap merasakan Datuk Khusrin ini jenis manusia yang tegas serta tidak banyak songeh dan susah nak dibuat deal dalam gelap sekiranya ada perkara-perkara tertentu yang melibatkan kepentingan peribadi atau politik.

Sebagai anak Johor yang sudah bertahun-tahun menetap dan mencari rezeki di negeri Selangor, melihat fenomina yang berlaku sekarang ini, tidak sepatutnya terjadi kepada sebuah negeri yang terkenal dengan status negeri paling maju dalam peta Malaysia. Punca dan faktor yang menyebabkan situasi tegang ini berlaku adalah disebabkan oleh ketidak cekapan pentadbiran rejim Khalid Gagap (PR) dalam mengendalikan hal ehwal yang berkaitan dengan tadbir urus negeri.Selain itu kerajaan Khalid Gagap yang dibantu oleh barisan exconya juga tidak mempunyai pengalaman yang cukup dalam selok belok pentadbiran dan sesetengah daripadanya juga masih lagi berada dalam keadaan terkejut beruk kerana tidak menyangka terpilih menjadi wakil rakyat dan dilantik sebagai exco kerajaan negeri. Apabila dapat menggemgam kuasa, maka jadilah seperti kera yang dihadiahkan bunga.

Wak J: Artikel ini hanyalah sekadar luahan rasa wak, setalah sekian lama mengikuti kemelut yang sedang melanda negeri Selangor sekarang ini. Semoga isu hangat ini tidak akan terus berpanjangan, dan dapat ditamatkan dengan seberapa cepat yang mungkin. Diharap negeri Selangor yang kaya ini serta rakyatnya akan setiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Sama-sama la kita berganding bahu menyelamatkan negeri Selangor ini dari terus diporakperandakan oleh anasir-anasir jahat yang datang dari Pakatan Rakyat.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.