Jumaat, 29 April 2011

Hidup Rakyat Selangor Akan Senang Dengan Hanya Melihat "Papan Billboard"

    6:25:00 PG   No comments

Berdasarkan laporan Utusan hari ini ada menulis tentang peruntukan sebnyak RM600 ribu akan dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor  bagi membuat kerja penyenggaraan papan-papan iklan sempena kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menurut Khalid Gagap perkara tersebut telah mendapat kelulusan dari persidangan DUN.

Kerajaan negeri Pakatan Haram Selangor juga merancang akan melaksanakan program penerangan dengan papan iklan akan dipasang di setiap 56 kawasan DUN. Meriah la nanti...

Selepas negeri Kelantan terkenal dengan jolokan "Kerajaan Negeri Billboard" dengan gambar Nik Ajis yang memenuhi setiap ruang di bahu jalan. Kini tiba pula giliran kerjaan negeri di bawah pentadbiran PR Selangor pula cuba mengambil pendekatan yang sama dengan kerajaan negeri Kelantan bagi mempopularkan dirinya.

Ini merupakan satu lagi projek yang boleh dikata mebazir bakal dilakukan oleh kerjaan negeri Selangor selepas kempen provokasi terhadap syarikat konsesi air Selangor iaitu SYABAS bagi mengaburi mata rakyat di atas kelemahan kerajaan Selangor yang ada hari ini di bawah pentadbiran Khalid Gagap dalam mengurus isu air di Selangor.
Apa sudah jadi dengan kempen berkenaan isu air yang suatu ketika dulu hangat melanda negeri Selangor. Adakah matlamat kempen tersebut tercapai dan ke mana pula hilangnya papan billborad yang dipasang di setiap penjuru jalan ke seluruh daerah yang ada dalam negeri Selangor. Mungkinkah Khalid Gagap menyimpan papan billbord tersebut di belakang rumahnya untuk dibuat reban ayam.

Dengan menggunakan selogan Kembalikan Hak Rakyat, segala aktiviti merompak harta rakyat kini menjadi mudah, tanpa perlu berselindung lagi. Sudah tentu dengan adanya projek yang akan atau telah dilaksanakan sebelum dan selepas ini pasti akan membuatkan kroni-kroni Pakatan Haram tersenyum lebar. Balun jangan tak balun...
Tidak ada satu pun faedah serta manfaat berguna kepada rakyat dengan terlaksannya kempen Mansuhkan ISA yang bakal bermula tidak lama lagi. Alangkah baik jika duit peruntukan sebanyak RM600,000 itu digunakan bagi memenuhi segala janji yang terdapat dalam Menifesto Pakatan yang masih belum tertunai, dalam meningkatkan mutu hidup rakyat Selangor. Hidup rakyat Selangor tidak akan berubah menjadi mudah dan senang dengan hanya melihat keindahan yang terdapat pada papan BILLBOARD Pakatan Rakyat

Andai kata selepas pru13 nanti selangar kembali ke tangan BN. Adakah kempen mansuhkan ISA yang dilaksankan oleh PR di Selangor pada masa itu masih relevan?. Sudah pasti kerajaan negeri yang baru akan menukar atau menurunkan papan billborad tersebut dan akhirnya duit dan hak rakyat hangus bergitu sahaja..Membazir itu amalan Khalid Gagap bukan syaitan...Fikir-fikirkan lah....

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.