Jumaat, 8 April 2011

SPRM & Anggotnya Disaran Supaya Mandi Bunga

    3:01:00 PG   No comments

Masalah lama tak selesai lagi, kini timbul lagi satu masalah baru yang hampir serupa dengan masalah lama menimpa ke atas batang tubuh  SPRM. Apalah agaknya nasib malang yang sering kali menghantui badan penguatkuasa itu bila setiap kali ingin melaksanakan tanggungjawabnya membentras gejala rasuah di negara ini.

Baru-baru ini sekali lagi kita dikejutkan dengan kes kematian yang berlaku di kawasan premis SPRM sendiri. Sebab atau punca kematian juga hampir serupa dengan apa yang berlaku ke atas mendiang Teoh Beng Hock tidak lama dulu iaitu terjatuh dari bangunan. Macam mana boleh terjatuh, puncanya masih dalam siassatan. Pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.

Setiap kali ada penyiasatan kes rasuah yang melibatkan nilai suapan wang berjuta-juta ringgit pasti akan ada nyawa yang menjadi korban. Pejabat SPRM sekarang ini dah semakin popular untuk dijadikan tempat bertemu ajal. Walaupun ajal dan maut ditentukan oleh tuhan, namun apa yang terjadi seakan-akan menjadi trend. Macam tahu-tahu saja lobang nak pecah.
Kalau dilihat dari sudut perspektif jenayah, si pemberi rasuah zaman sekarang sudah semakin bijak untuk melepaskan diri sambil boleh mengkambing hitamkan pihak lain bagi menanggung segala kejahatan yang mereka lakukan. Tidak perlu bersusah-susah ke ceruk hutan atau ke mana sekalipun untuk menghapuskan bahan bukti. Kerana sudah ada tempat yang susuai seperti di pejabat SPRM sendiri. Jangan terkejut pula pada masa akan datang sasaran seterusnya ialah balai polis.

Sekali lagi pihak SPRM terpaksa berkuntau untuk menjelaskan situasi sebenar yang berlaku untuk menghindarkan tanggapan buruk orang awam terhadap badan bebas itu.Banyak sungguh dugaan dan cabaran yang perlu dihadapai oleh SPRM bagi memastikan negara kita bebas dari gejala rasuah.
 Sudah kedengaran suara-suara yang menuntut satu lagi Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi menghakimi kes ini. Dan ada juga pihak tertentu yang cuba menjadi batu api bertujuan untuk mengkeruhkan lagi situasi ini. Selain daripada itu cubaan untuk mengalih persepsi orang ramai yang sekarang ini lebih tertumpu pada isu yang tengah hangat diperkatakan oleh media massa dan internet iaitu isu kes video klip lucah yang ada kaitan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Pertimbangan akal sekali lagi diperlukan bagi mengadili kes ini. Kalau kita berfikiran waras sudah tentu akan berpendapat adalah tidak logik bagi pihak SPRM melakukan kerja-kerja yang tak masuk dek akal ini. Kerana segala keterangan-keterangan yang diambil dari mana pihak atau saksi, amat penting bagi memudahkan perjalanan siasatan kes diselesaikan. Apa-apa pun kita tunggu laporan penuh dari pihak polis sama ada, kes kematian ini terjadi atas sebab jenayah atau tidak.
Selepas kejadian ini pihak SPRM dan seluruh anggotanya perlu mandi bunga untuk membuang segala badi yang melekat di badan mereka. Selain dari itu juga pihak SPRM disaran supaya mencari premis pejabat yang tidak mempunyai tingkat yang tinggi-tinggi untuk dijadikan sebagai tempat soal siasat kerana ia boleh  mengelakan kejadian terjun bangunan dari berlaku lagi. Wak berharap pihak SPRM dapat mengambik iktibar dan pengajaran dari dua kes kematian ini. Semoga perkara yang sama tidak berulang kembali pada masa hadapan, sekali gus dapat memantapkan martabat SPRM sebagai satu badan penguatkuasa yang bebas di Malaysia.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.