Rabu, 28 September 2011

Dari 58 ke 60 Tahun. Tua Sangat Dah. Jangan Ikut Contoh Nik Ajis.

    12:26:00 PG   No comments

GEORGE TOWN: Cuepacs menaruh harapan yang tinggi bahawa kerajaan akan mengumumkan pemberian dua bulan bonus serta menaikkan umur persaraan dari 58 kepada 60 di dalam pembentangan bajet 2012.

Pembentangan bajet 2012 akan dibuat oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Parlimen 7 Oktober nanti.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pemberian bonus dua bulan akan membawa khabar gembira untuk kakitangan awam yang kini sedang bergelut dengan kos kehidupan yang semakin tinggi. Selanjutnya di MStar On9

Salah satu dari 2 perkara yang dituntut oleh Cuepacs ini, wak memang tak setuju benar. Iaitu kadar had umur persaraan bagi mereka yang menjadi kakitangan kerajaan.

Jika terlalu lama sangat berkhidmat dalam kerajaan dikhuatiri ia akan menjejaskan produktiviti dan mutu dalam sistem penyampaian sesebuah kerajaan. Bekerja disektor kerajaan dah tentunya memerlukan gerak kerja yang pantas kerana kerja seharian mereka ini ialah berhadapan dengan karenah rakyat.

Cukup lah dengan had umur persaraan yang ada ini. Jangan dipanjangkan lagi tempoh tersebut sehingga 60 tahun. Orang lain pun ingin merasa juga NIKMAT bekerja dengan kerajaan.

Berilah peluang kepada mereka yang layak untuk meyandang jawatan-jawatan tertentu yang ada dalam kerajaan setelah jawatan itu ditinggalkan. Dah pasti sesiapa sahaja yang bekerja di sektor kerajaan mengharap pada kenaikan pangkat sekaligus menjurus pada kenaikan tangga gaji yang lebih baik.

Selain itu ia juga akan memberi peluang kepada geraduan lepasan Universiti untuk menimba pengalaman dalam bidang kerjaya yang mereka minati. Sekiranya usia persaraan ini ditambah lagi, sudah pasti negara akan mengalami lambakan geraduan lepasan U yang menganggur.

Jadi apa rasionalnya kerajaan memanjangkan tempoh khidmat mereka ini yang sepatutnya sudah bersara lebih awal. Sedangkan masih ramai lagi tenaga muda yang menanti dan sedia berkhidmat untuk kerajaan dalam menyampaikan segala dasar-dasar yang dibuat untuk mempermudahkan hidup rakyat.

Soal bonus dua bulan gaji yang dituntut oleh Cuepacs untuk membela nasib kakitangan kerajaan, wak rasa kerajaan penuhi saja permintaan mereka. Dengan kemurahan hati kerajaan untuk membantu kakitangannya sudah pasti akan dibalas kembali dalam bentuk terjemahan kertas undi. Buat lah mereka ini tersenyum...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.