Khamis, 29 September 2011

Pelacur Tua Diarah Telan Tin Minuman Kacip Fatimah!!

    12:50:00 PTG   No comments

Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.

“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam tadi". Sumber BERNAMA

Nasib baik Menteri Besar Kelantan tak hadir sama dalam meeting Pakatan semalam. Kalau tidak, mahu kena serangan jantung orang tua tu apabila mendengar keputusan Majlis Pimpinan Pakatan yang mana telah sebulat suara menolak idea Nik Ajis dan Pas untuk melaksanakan undang-undand Hudud bawaan Pas terutama sekali di Kelantan.

Harapan dan impian seluruh penyokong tegar Pas hancur bersepai ibarat tahi lembu dilenyek lori. Segala yang diperjuangkan olah Pas selama ini menjadi sia-sia, setelah pemimpin utama parti Islam ini membuat perjanjian dengan Syaitan (Dap) dan Dajjal (PKR) demi mendapatkan sekelumit kuasa dunia.

"Isu hudud telah bergema kembali ekoran cabaran yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Kelantan agar melaksanakan hudud kerana beliau bukan lagi perdana menteri.

Kata Mahathir, pemimpin PAS Kelantan sentiasa menyalahkan beliau apabila tidak melaksanakan undang-undang itu ekoran satu surat amaran yang dikeluarkan semasa beliau menjadi PM lalu.

Mahathir meminta Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meminta kebenaran dari Datuk Seri Najib untuk berbuat demikian" Haramkah Daily

Ntah ini kali yang keberapa Pakatan Pembangkang menyalahkan pihak lain di atas kecelaruan yang berlaku dalam gabungan tiga parti itu. Ketua pembangkang yang dilantik atas ehsan dari DAP menyalahkan Tun M kerana mencabar Nik Ajis dan Pas Kelantan untuk melaksanakan Hudud di negeri itu. Mungkin Anwar Ibarhim ini lahir dari spesis genetik Melayu mudah lupa kerana tak sedar selama ini dialah manusia yang paling lantang menentang Hudud Pas ketika menyandang jawatan Tim. Perdana Menteri semasa dalam Umno BN dulu.

Seperti yang kita sedia maklum, isu Hudud ini sebenarnya sengaja ditimbulkan semula oleh Nik Ajis bagi tujuan untuk menarik semula sokogan orang Melayu terhadap Pas yang semakin merosot hari ini. Selain itu juga, mungkin Nik Ajis sudah termalu dengan sindiran Tun M ekoran daripada tersiarnya berita mengenai negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tok Guru, tersenarai sebagai juara penyumbang wabak HIV Aids tertinggi dalam negara.

2 menentang dan hanya 1 menyokong Hudud Pas ini, itulah hukum DEMOKRASI yang perlu ditelan bulat-bulat oleh Pas. Dengan penolakan ini sekaligus membuktikan Pas hanyalah sekdar parti politik yang mempunyai suara minoriti dalam Pakatan, walaupun parti itu mempunyai penyokong yang lebih ramai dari PKR.

Ironinya peranan Pas dalam Pakatan tak ubah seperti pak angguk atau pak turut yang menurut apa sahaja keputusan yang dibuat oleh rakan Pakatan yang lain walau terpaksa menggadai perinsip perjuangan yang dipegang selama ini untuk membagunkan sebuah negara Islam di Malaysia. Inilah bahanaya bila berkawan dengan syaitan.

Zaman kegemilangan Nik Ajis bersama Pas nampaknya sudah berkahir. Nik Ajis sudah terlalu tua untuk meneruskan perjuangan partinya bersama barisan kepimpinan Pas yang lain, yang mana mereka ini lebih liberal dan terbuka dalam menerima atau mengutarakan pandangan dalam sesuatu isu. Orang-orang TUA dalam Pas sudah boleh bersara dari politik. Meraka ini boleh dijadikan seperti Quran buruk sebagai sumber rujukan bila dirasakan perlu atau disimpan rapi dalam almari kaca sebagai barang pameran.

Sekiranya Nik Ajis tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh barisan MPP malam tadi, adalah lebih baik Nik Ajis atau Pas Kelantan keluar dari gabungan Pakatan Pembangkang. Selagi Pas berada dalam Pakatan selagi itu lah Pas akan terus dicop sebagai PELACUR TUA yang dipaksa menelan tin minuman Kacip Fatimah agar kelihatan lebih bermaya dan bertenaga untuk meneruskan SERVIS kudanya dalam Pakatan Pembangkang dengan kadar bayaran yang lebih murah serendah RM 0.01 sen.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.