Selasa, 20 September 2011

Peneroka Felda Saman Peguam Bela Sendiri

    10:01:00 PTG   No comments

What a joke dude...Biar betul berita yang wak dengar ni. Macam tak percaya pulak lapuran yang tertulis pada muka surat kabar tu. Nak tergelak pun ada bila terbaca 304 peneroka yang sebelum ini telah menang kes tututan terhadap Felda ingin menyaman peguam belanya sendiri.

Dia orang ni bergurau ke apa nak lawan balik peguam-peguam tu. Ada peluang ke nak menang kes ni kalau dibawa ke mahkamah nanti.Tak payah buang masa dan buang duit lah. Lebih elok duit yang ada sekarang ni buat pi melabur dalam saham KPF tu lagi bagus. Ada juga faedahnya cukup tahun makan persen.

Ingatkan bila dah menang kes tuntutan hari tu, peneroka-peneroka ni dah joli katak sekarang dengan duit yang dia orang dapat. Tak cukup lagi rupanya. Kalau dia orang ni menang RM100 juta sekalipun belom tentu ada yang berpuas hati. Teringat cerita P.Ramlee..1 untuk kau..4 untuk aku..ini tak adil...wakakakakaka
Wak berani potong kuku la yang 304 peneroka Felda ni tak akan menang macam masa dia orang pernah menang dulu. Ntah-ntah si Mazlan Aliman yang dulu sangat gemar membela nasib peneroka sebelum ini, kenal lagi atau tidak si peneroka-peneroka malang ni

Nak tunjuk rasa kesian dan simpati tapi hati pulak masih geram bila mengenang kembali sikap peneroka-peneroka ni..Ah!! kapok..Biar dia orang ambil pengajaran dari perisitiwa yang berlaku. Lain kali sebelum sign apa-apa dokumen baca dulu dengan teliti dan pahamkan betul2. Ini tak bila dengar je orang sebut duit juta-juta, mata terus jadi kelabu.

Last sekali wak nak pesan pada warga Felda, terutama sekali yang belum terkena lagi dengan helah-helah setan yang dihantar oleh puak pembangkang ni. Jangan sesekali percaya segala janji manis yang ditawarkan terutama sekali jika perkara tu melibatkan wang. Tak ada benda yang FREE kat dalam dunia ni melainkan tawaran khidmat guaman yang diberikan oleh AMBIGA untuk sesiapa sahaja yang ingin keluar dari agama Islam...Yang tu memang conform PERCUMA..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.