Rabu, 21 September 2011

Peneroka Seluruh Negara Bakal Jadi Jutawan..JOM SAMAN FELDA!!

    11:24:00 PG   No comments

TEMERLOH, 20 Sept: Seramai 550 peneroka dari Felda Gugusan Bera hari ini menuntut pihak Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd membayar ganti rugi RM300 juta hasil penjualan sawit mereka sejak 16 tahun lalu.

Writ tuntutan tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh melalui peguam-peguam Nasar Mirbas Khan dan Hanipa Maidin.

Ketika bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Nasar Khan berkata tuntutan peneroka ialah  berkaitan kadar perahan gred (KPG) yang dibayar kepada peneroka dengan terdapat unsur penipuan kerana dibayar lebih rendah daripada gred sebenar.

“Selain daripada itu peneroka selaku plaintif menuntut wang isi rong sawit, tandan yang ditolak tetapi diproses, keladak minyak dan abu tandan sawit yang semuanya mempunyai nilai tetapi tidak dibayar atau dikembalikan oleh Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd selaku defendan.

“Untuk tahun 2008 sahaja, kerugian yang dialami peneroka kerana tidak dibayar hasil yang disebutkan ialah RM19 juta dan tuntutan bermula sejak tahun 1995. Jadi kita jangka peneroka sepatutnya dibayar sekitar RM300 juta lagi,” katanya.


Wow!!..Wang besar lagi, kali ni jumlahnya hampir mencecah RM300 juta. Peneroka Gugusan Bera bakal menjadi Jutawan dalam sekelip mata tak lama lagi. Terbeliak biji mata Mazlan Aliman and the gang apabila melihat jumlah angka kosong yang tercatat dalam tututan ini. Ada wang masyuk lagi...Yahooooooo.....

Beruntung benar kepada sesiapa yang jadi warga FELDA hari ini. Kalau dulu hidup mereka-meraka ni merempat di tepi jalan, kemudian diberi borang percuma untuk menjadi ahli, selepas itu diberikan juga tapak rumah dan kebun untuk membantu meningkatkan taraf hidup keluarga. Kini mereka berpeluang pula menghisap kembali darah tuan yang selama ini membela mereka.

Round kali ini Mazlan Aliman tidak menggunakan khidmat guaman dari firma yang sama. Yang mana sebelum ini, firma tersebut telah berjaya membantu Peneroka Felda Kemahang dalam memenangi kes tuntutanya. Kenapa yer? Mungkin si Mazlan takut helah sama yang digunakan ketika meyedut duit peneroka Felda Kemahang tempoh hari akan TERKANTOI sekiranya ia digunakan sekali lagi dalam kes tuntutan peneroka dari Gugusan Felda Bera pula.

Nampaknya FELDA bakal bankrap seperti yang diwar-warkan oleh media propaganda pembangkang sekiranya GAGAL lagi mempertahankan haknya sebagai tuan tanah yang menjaga kebajikan ahli di bawahnya. Notis kebankarapan FELDA yang bakal dihadapinya bukan disebabkan oleh kemerosotan pelaburan yang dibuat di serata dunia tetapi disebabkan oleh saman-saman yang dikemukan oleh warganya sendiri atas bantuan syaitan-syaitan yang direjam.

Wak percaya selepas ini akan muncul ramai lagi peneroka Felda yang ada di seluruh negara, bangkit menyaman FELDA dan jangan terkejut peneroka dari Felda wak sendiri di Gugusan Belitong, Kluang Johor juga turut serta menyaman FELDA walau hidup kami dah cukup selesa sekarang. Jalan-jalan untuk mendapatkan DUIT dengan lebih cepat dan mudah tanpa perlu bersusah payah mengusahakan tanah ladang sudah terbentang. Apa salahnya kalau peneroka lain ingin mencuba nasib...wakakakaka. Wow!!! Pak Cik kayoooooooo...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.