Khamis, 22 September 2011

Terbakar Besi Nampak Asap.. Terbakar Mat Sabu Tinggal Bulu..Sedap Mah...

    11:42:00 PG   No comments

Pintu pagar BESI rumah Mat Sabu dibakar..Biar betul?. Memang betul lah tu..

Ini adalah gurauan yang paling serius pernah wak dengar sepanjang 60 tahun hidup kat muka bumi. Tergelak bila dengar benda-benda tak masuk akal macam ni berlaku, nak-nak lagi bila terkena pada pemimpin no.2 penting dalam  Pas sekarang iaitu Mat Sabu. Apa saja perkara malang menimpa badut hidung merah dalam Parti Islam Malaysia ni automatik ter-covert sendiri menjadi lawak jenaka yang menghiburkan.

Belum pernah lagi terbaca kisah-kisah atau menonton rancangan aksi ganas di TV menceritakan watak seorang penjahat, penyangak atau samseng yang begitu TOLOL dalam melakukan kerja-kerja jahat mereka. Dalam drama Mat Sabu ni si penjahat diberi peranan membakar pagar besi bukan bakar rumah atau bakar Mat Sabu. Memang kerja gila dan bangang siapa yang bayar upah pada penjahat ni buat kerja.

Lucu tak lucu itu la realiti yang berlaku di Malaysia hari ini. Banyak cerita ancaman dan ugutan terhadap orang politik boleh kita dengari saban tahun. Tapi tak ada satu pun dari ancaman tersebut mendatangkan kesan atau rasa takut pada individu politik yang diancam. Malah mereka ini bebas ke sana dan ke mari tanpa perlu risau apa-apa.

Jika kita ingat kembali sejarah ancaman merbahaya yang pernah diterima oleh orang politik, semuanya serba melawakan kalau difikir semula. Ancaman paling kelakar lagi merbahaya pernah menggemparkan Malaysia satu masa dulu ialah ugutan bunuh terhdap Anwar Ibrahim, sebelum dia lari lintang pukang ke kedutaan Turki setelah Saipul Bukhari buat report polis kerana diliwat Anwar.

La ni Mat Sabu pulak cuba bikin gempak semenjak jadi orang penting dalam Pas. Siapa Mat Sabu ni sampai ada orang yang begitu anti denganya. Loyar..Majestret.. Buat pengabis duit beli petrol kalau setakat nak bakar pagar besi. Takkan la penjahat ni bodoh sangat sampai tak kenal yang mana satu BESI mudah terbakar. Ada ka besi mudah terbakar??..hehehehe

Mesti idea rancangan bakar pagar besi ni terhasil dari otak di bawah tempurung kepala lutut Mat Sabu sendiri. Sebab tu result akhir yang keluar hancus. Lepas tu nak salahkan polis pulak sebab kenapa tak bakar terus rumah dia. Memang spesis pemimpin bertaraf mangkuk tingkat.

Ah!! orang politik ni bukan boleh percaya sangat. Bila dah terdesak dan tersepit dengan angkara sendiri mula la keluar cerita yang merapu-rapu. Mat gian yang hari-hari dok stim SYABU pun boleh tersenyum bila dengar nama rakanya, yang tak sudah-sudah dengan cerita kontroversi dan skandal.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.