Selasa, 13 September 2011

PRU13: Manusia Paling TUA Dalam Pas akan "Mengundur Diri"?

    8:30:00 PG   No comments

Sudah terlalu tua bagi Nik Ajis untuk bertanding lagi pada PRU13 akan datang. Jika sekarang umurnya sudah menjangkau usia 80an, sekiranya dia menang sekali lagi dalam pilihan raya dan menjawat semula jawatan Menteri Besar, sudah pasti rakyat Kelantan akan mendapat seorang MB yang paling tua usianya dalam sejarah negeri itu.

Mungkinkah Nik Ajis ingin mencipta rekod peribadinya sendiri sebelum bersara dalam Malaysia World's Book of Records sebagai pemimpin atau menteri besar paling TUA pernah mentadbir sesebuah kerajaan. Jika diikut tauladan kepimpinan Baginda Rasullah, Baginda memimpin umatnya pada masa itu hingga keakhir hayatnya dalam usia 63 tahun. Nik Ajis pula bagaimana?

Sudah mula kedengaran gosip di tangga2 masjid yang ditawan oleh PENJAJAH Pas, bercerita mengenai susuk tubuh orang paling TUA dalam kepimpinan Pas iaitu Nik Ajis bahawa beliau diminta supaya tidak bertanding semula pada PRU13 akan datang. Benarkah gosip ini atau ia hanya sekadar gosip liar yang keluar dari mulut celupar orang2 Pas sendiri.

Menurut gosip tersebut juga, ada mendakwa kononya Nik Ajis sudah terlalu uzur dari terus menerajui pentadbiran kerajaan negeri dan parti. Menurut mereka lagi, dengan pengunduran Nik Ajis ini (sekiranya terjadi), ia akan memberi ruang dan peluang kepada kepimpinan muda yang ada sekarang terutama di Kelantan untuk menonjolkan bakat kepimpinan masing2 setelah sekain lama memendam rasa sebagai tanda menghromati tok guru.

Mereka menuntut agar pembaharuan dapat dilakukan pada PRU13 akan datang, di mana mereka mengharap kepimpinan baru yang dipilih nanti lebih bertenaga serta segar pemikiranya dalam melaksana tugas bagi meneruskan kesinambungan perjuangan Pas dan juga pentadbiran kerajaan negeri sekiranya Pas diberi mandat sekali lagi oleh rakyat Kelantan untuk mentadbir negerinya.

Masanya sudah tiba, lampu signal sudah dinyalakan sebagai tanda isyarat bahawa kepimpinan Nik Ajis dalam menerajui kerajaan negeri dan sebagai Mursidol Am Pas sudah sampai tempoh EXPIRE DATE. Diharap sepasang mata yang dimiliki oleh Nik Ajis masih boleh dapat melihat dengan jelas kerdipan cahaya lampu isyarat yang dituju kepadanya itu agar dapat berundur dari kerusi empuk yang didudukinya selama puluhan tahun dengan cara yang TERHORMAT.....Paham-pahan je lah yer...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.