Rabu, 14 September 2011

Syarikat Telco..Kaki Top Up WAJIB Baca..

    7:29:00 PG   No comments

 Klik imej untuk besarkan

Polemik isu kadar kenaikan cukai sebanyak 6% yang dikenakan terhadap pengguna talian pra bayar (Top Up) masih lagi berterusan hingga ke hari ini. Walau Najib sudah memberi jawapan balas bahawa tiada kenaikan caj buat masa ini, namun ia masih hangat dibincangkan di forum-forum terbuka seperti di laman Facebok dan lain-lain.

Kadang-kadang terfikir juga, kenapa penggunaan handphone menjadi satu keperluan yang sangat MENEDESAK hari ini kalau hendak dibandingkan dengan masa dulu apabila alat komunikasi mudah alih ini mula-mula dicipta dan diperkenalkan di Malaysia. Mesti ada yang tertanya-tanya apa kaitan handphone dengan kenaikan caj kad pra bayar.

Jika masa dulu kita sanggup tunggu berja-jam dan berbaris panjang hingga ke larut malam semata-mata ingin menggunakan telefon awam. Kenapa sekarang tidak lagi. Adakah dulu kita menggunakannya kerana disebabkan kita TERPAKSA. Wak bukan ingin menyeru kita semua kembali ke zaman dulu (old fashion) tapi ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini untuk kita renungkan bersama.

Bagi mereka yang datang dari keluarga yang berada atau berkemampuan pasti akan berkata begini "Apa la sangat dengan caj 0.60 sen ni kalau nak dibandingkan dengan caj CALLER RING TONE yang kita dok langgan tiap-tiap bulan tu" Jangan ada yang terasa sudah la yer...

Apa yang berlaku hari ini sikit sebanyak berpunca dari sikap kita sendiri. Kerana ada segelintir dari kalangan kita ini kurang mahir membezakan apa itu keperluan dan pilihan. Kita kerap menuding jari pada pihak lain apabila rasa diri ditindas, tapi kita sering kali terlupa kita juga lah yang mendorong pihak tertentu mengambil kesempatan di atas kelemahan diri kita sendiri.

Kekerapan kita bercakap dan menambah nilai pra bayar, tanpa mengira masa dan tujuan juga turut menyumbang ke arah kenaikan. Ia juga turut mendorong syarikat telco yang ada hari ini mengambil kesempatan, setelah mereka membuat beberapa survey dan mengikuti perkembangan dan trend  semasa, di mana gologan muda mudi paling ramai menggunakan perkhidmatan pra bayar berbanding dengan orang susah yang hanya menambah nilai kad pra bayar sebulan sekali itu pun jaka perlu.

Dan lagi satu hal yang perlu kita tahu, segala syarikat telco yang ada ini diwujudkan bukan untuk tujuan menjaga KEBAJIKAN penggunanya. Jadi tak perlu dihairankan jika mereka berlumba-lumba mencari keuntungan walau dalam apa jua cara sekalipun. Yang ada dalam kepala mereka, asalkan banda tu tidak rugi, apa salahnya untuk mencuba.

Jika dilihat dari sudut pandangan politik pula, sekiranya isu ini tidak berjaya dikawal oleh pihak pemerintah dengan penuh kebijaksaan, sudah pasti ia akan mempengaruhi pola pengundian pada PRU13 akan datang. Ada yang menyebut 6% undi terhadap pemerintah akan menurun. Najib kena pandai ambil peluang mengambil hati RAKYAT dalam isu yang berbangkit ini seperti mana slogan yang sering dilaung2kan iaitu Rakyat Didahulukan. Apa orang lain nak kata....Wa tak mahu TIAU lu...

Apa pun setiap perkara yang melibatkan KOS dalam kehidupan seharian kita pasti akan berlaku kenaikan. Sama ada mahu atau tidak, kita terpaksa hadapinya. Dan apa yang lebih penting dan perlu kita kekalkan ialah HARGA DIRI kita supaya tidak terus menurun. Berfikirlah secara rasional mengikut akal yang waras. Bukan selalu mengikut kata hati yang penuh emosi.

Wak J: Ini hanyalah pendapat pribadi sahaja dan bukan nak menyebelahi mana-mana pihak. Wak lebih suka mendidik diri dari menyalahkan mana2 pihak kerana setiap kos yang melibatkan DUIT..dah tentu kita lah yang membayarnya..Lain la kalau ada orang SPONSER...kikikiki

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.