Khamis, 27 Oktober 2011

Angkara Puak Lilin UIAM Jadi Gereja!

    2:28:00 PTG   No comments

Istilah Candle Vigil

(Upacara) Candlelight Vigil merupakan satu perhimpunan terbuka di mana pesertanya membawa lilin, yang dinyalakan selepas matahari terbenam. Biasanya ia dianjurkan sebagai satu protes bagi mewakili kesengsaraan kelompok2 tertentu yang tertindas dalam masyarakat; ataupun sebagai suatu peringatan kepada mereka yang terkorban akibat wabak penyakit, bencana, huru hara, atau tragedi tertentu.

Upacara seumpama itu juga mungkin ada tujuan keagamaan. Di malam Krismas , banyak gereja yang mengadakan upacara bertafakur sambil memegang lilin.


Upacara berarak sambil membawa lilin pada hari ini sperti sudah menjadi trend atau amalan biasa bagi masyarakat Malaysia. Jika dahulu upacara membakar lilin ini seringkali dikaitkan dengan upacara keagamaan oleh penganut agama lain seperti Kristian, Buddha dan sebgainya. Kini budaya membakar lilin sambil berarak ini semakin mendapat tempat di hati segelintir umat Islam yang berada di negara ini.

Apabila ditanya kepada umat Islam yang mengamalkan budaya membakar atau berarak membawa lilin ini, kenapa mereka berbuat perkara sedemikian sedangkan dalam Islam sendiri tidak pernah mengajar pengikutnya melakukan amalan ini. Mereka menjawab dengan menyatakan bahawa perbuatan yang dilakukan itu atas dasar suka-suka atau ikut-ikutan.
 
Selaian dari itu juga ada yang menjustifkasikan bahawa amalan atau perbuatan yang sedang mereka lakukan itu tidak bersalahan dengan hukum Islam, dengan memberi alasan upacara membakar lilin yang mereka lakukan itu hanyalah sekadar satu SIMBOLIK untuk menyatakan hasrat atau rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara yang mana mereka rasakan ia melanggar perinsip keadilan dalam sistem demokrasi atau mencambul hak asasi manusia.

Menurut sesetengah pendapat ada menyatakan bahawa perbuatan berarak atau menyalakan lilin hanya untuk tujuan sebagai simbolik, menegaskan bahawa perkara ini termasuk dalam kategori SYUBHAH, bermaksud status halal dan haramnya tidak jelas.

Sabda nabi Saw:

الحلال بين ، والحرام بين ، وبينهما أمور مشتبهات ، لا يعلمها كثير من الناس ،

Maksudnya: Halal itu nyata dan haram itu nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara syubhat, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. - Hadis sahih riwayat muslim dan lain-lainnya.

Dengan beralasankan perbuatan membakar lilin ini adalah perkara SYUBHAH yang tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan pada diri. Mereka menyanggah segala teguran yang diberikan oleh orang lain supaya jangan terus mengamalkan perbuatan itu kerana dikhuatiri lambat laun akan memberi kesan pada pegangan akidah individu atau kelompok tertentu yang mengamalkan budaya ini.
Ada pendapat lain juga menegaskan, perbuatan berarak sambil membawa lilin ini boleh menjurus kepada perbuatan SYIRIK iaitu menyengutukan Allah, tidak kira atas sebab atau tujuan apa sekali pun amalan atau ritual ini mereka lakukan.

"Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula menegaskan, umat Islam yang menyertai perhimpunan lilin bagi apa tujuan sekalipun telah melakukan syirik.

Beliau berkata, hukumnya jelas memandangkan perbuatan tersebut merupakan salah satu amalan dalam agama Kristian.

"Golongan pemimpin atau rakyat beragama Islam harus sedar bahawa tindakan mereka menyertai upacara seperti itu adalah sia-sia dan boleh mendatangkan mudarat terhadap pegangan iktikad seseorang"


Dalam hal upacara membakar lilin, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah membuat ketetapan bahawa umat Islam dilarang sama sekali daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara yang bukan datangnya dari agama Islam.

Majlis Fatwa Kebangsaan juga menegaskan bahawa Candlelight Vigil mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan Agama Bukan Islam dan boleh menjejaskan akidah Umat Islam
Dengan sedikit pejelasan yang diberi dalam blog ini, wak berharap ia akan merubah cara berfikir orang Islam supaya tidak mudah diperdaya atau terpedaya dengan amalan-amalan karut seperti berarak sambil membawa lilin, yang mana perbuatan ini tidak pernah diamalkan sejak dari zaman para nabi dan rasul hingga ke zaman para Sahabat.

Agak kehairanan apabila mereka yang bergelar Mahasiswa Pintar, boleh terdorong melakukan perbuatan sia-sia seperti ini, dan paling memalukan bila upacara sebegini dilakukan di sebuah universiti yang berorentasikan ISLAM. Jika dilihat dari pemandagan angkasa sudah pasti susasana semasa berlangsungnya upacara ini tak ubah seperti pemandangan indah disebuah Gereja Roman Khatolik di mana penganutnya menyalakan lilin di kawasan terbuka seperti yang ditunjukan dalam gambar di atas.

Syaitan apakah yang telah meresap masuk ke dalam jiwa mereka sehingga jadi macam ini. Kerana terlalu mengikut kata hati dan nafsu serta ditambah pula hasutan syaitan, telah membuat mahasiswa ini terlupa bahawa lilin yang dipengangnya itu bakal menjadi sumbu nyalaan api neraka yang akan membakar diri sekiranya tidak kembali bertaubat dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukan.

Tepuk dada, tanya Iman...Simbolik sebenar dalam Islam ialah Al-Quran dan As-Sunnah bukannya lilin. Jangan biarkan diri hanyut terlalu jauh. Waspada lah...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.