Ahad, 30 Oktober 2011

Aziz Bari Gelak Besar Bila Dapat Peluru

    1:37:00 PTG   No comments

What a joke dude!! 

Tiada perkara yang lebih melucukan berlaku terhadap orang politik atau indvidu yang berkepentingan dalam negara ini, apabila mereka menerima ancaman keselamatan atau ugutan bunuh dengan hanya bermodalkan sebutir peluru.

Setiap kali kisah-kisah begini didendangkan di media cetak dan elektronik, sudah pasti sesiapa sahaja yang mengikuti lapuran yang disampaikan, akan tergelak besar setelah membacanya kerana helah lapuk ini sering diguna pakai oleh orang yang sedang dalam keadaan terdesak untuk tujuan mengalih tumpuan orang ramai terhadap isu besar yang sedang dihadapinya.

Selepas Karpal Sink, Hishamudin Keris kini seorang lagi individu PENTING dalam negara ini yang mana merupakan seorang PAKAR undang-undang dan perlembagaan bertaraf professor kangkung telah menerima ancaman bunuh yang serupa dengan bermodalkan sebutir peluru.

Oleh kerana tidak mempunyai pistol untuk menghantar peluru ke tempurung kepala. Jalan yang paling selamat, mudah dan tidak diketahui orang ialah dengan menghantar peluru tersebut melalui peti pos berserta nota ugutan. Penjahat jenis apakah ini?.

Jika dilihat modus operandi yang dilakukan oleh si tukang ugut, kita sendiri sudah boleh meneka bahawa mereka yang melakukan kerja part time bodoh ini datangnya dari individu atau kumpulan yang sama, kerana idea ugutan yang ditunjukan tidak kreatif dan usang malah menjadi bahan gelak ketawa orang ramai.

Mungkin inilah punca kenapa idea ugutan seperti ini tidak lagi digeruni dan menjadi pilihan orang politik untuk tujuan menarik simpati orang ramai terutama sekali dari kalangan penyokong tegar mereka. Dalam sejarah politik negara belum ada tercatat lagi nama-nama individu yang mati disebabkan dengan ugutan seperti ini.

Lihat sajalah mereka yang pernah menerima ungutan seumpama sebelum ini. Masih lagi bernyawa dan bebas ke sana ke mari tanapa sedikit pun risau akan keselamatan dirinya. Jadi kita sebagai rakyat tak perlu bimbang berlebihan jika situasi  ancaman sebegini diterima oleh mereka. Jika ada bala atau perkara malang yang menimpa mereka ini, semuanya disebabkan atas pebuatan sendiri dan ia tidak memberi kesan ketara pada kita semua.

Kepada orang politik atau individu tertentu yang ingin menggunakan idea yang sama untuk meraih simpati masyasrakat pada masa akan datang, tolong lah...guna teknik yang berlainan dan kelihatan real agar orang lain lebih yakin untuk mempercayainya.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.