Rabu, 2 November 2011

GST Punya Pasal..Habis 1Malaysia Kena Jual Dek Pakatan Haprak

    12:00:00 PTG   No comments

Ulasan tertinggal bas...

Setelah eksperimen pemBODOHan yang dilakukan terhadap RAKYAT Pulau Pinang terutama sekali penduduk Kg. Buah Pala berjaya. Kini Pakatan Pembangkang akan menjalankan satu lagi uji kaji atau eksperimen pembodohan terhadap RAKYAT yang mana kali ini ruang lingkupnya lebih besar iaitu projek memBODOHkan rakyat Malaysia dengan janji-janji manis yang tidak masuk akal walau ia kelihatan logik, jika dilihat dari kaca mata penyokong tegar Pakatan.

Bagi siapa yang waras pasti akan tergelak apabila membaca kenyataan yang terdapat dalam foto di atas. Pakatan  akan batal GST bila memerintah Malaysia. Inilah janji serupa yang pernah ditabur oleh Pembangkang kepada penduduk Kg Buah Pala sutau masa dahulu sebelum menang pilihanraya. Sekarang apa sudah jadi?.

Disebabkan janji ini jugalah nasib penduduk di kampung tersebut akhirnya tergadai setelah undi diberikan. Hak milik tanah yang diharap, lain pula bala yang datang. Dengan beralasankan tanah itu milik kerajaan negeri dan peruntukan undang-undang sedia ada, sesiapun tidak berhak mempertikai segala keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Adalah tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku kepada rakyat Malaysia, malah lebih DAHSYAT lagi jika diambil pengajaran di atas nasib malang yang menimpa masyarakat India yang telah sekian lama menetap di Kg Buah Pala. Jika dulu di bawah kerajaan BN mereka boleh hidup berdekad lamanya, kini di bawah kerjaan negeri baru yang berusia tak sampai 5 tahun mereka ini telah diarah berpindah dengan berbekalkan sendikit pampasan yang tak seberapa.

Tiada jaminan mampu diberi oleh Pakatan Pembangkang sekiranya cukai GST ini dihapuskan, ia tidak akan diganti dengan cukai-cukai lain yang mana akan lebih membebankan RAKYAT sekiranya pada pilihanraya ke-13 akan datang rakyat memilih Pakatan Pembangkang sebagai kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan yang sedia ada.

Sudah pasti kerajaan baru (PR) yang telah dipilih oleh rakyat itu nanti akan menggunakan kuasa dan segala peruntukan undang-undang yang ada dalam negera ini untuk melakukan penindasan cara halus terhadap rakyat walau pada dasarnya ia kelihatan amat sempurna tanpa sebarang cacat cela. Lihat sahaja di negeri Pakatan sendiri, pelbagai papan billborad AMARAN didirikan di tepi-tepi jalan untuk mengingatkan RAKYAT agar jangan cuba bermain-main dengan sistem yang diamalkan di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Sebagai rakyat yang bijak,rasanya tak perlu sampai hendak memperjudikan nasib dan masa hadapan semata-mata ingin menghapuskan cukai GST dengan mengundi Pakatan Pembangkang. Rakyat sendiri juga boleh memainkan peranan sebagai pendesak kepada kerajaan jika ingin melakukan sebarang perubahan atau menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa jua dasar yang ingin dilaksana oleh pihak kerajaan termasuk isu cukai GST ini.

Ingat! Jangan mudah terpedaya dengan janji orang politik...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.