Rabu, 16 November 2011

KR1M: Semakin Teruk Dihentam.. Semakin Ramai Pula Yang Datang Beli

    12:00:00 PTG   No comments

Sejak akhir-akhir ini sudah semakin ramai pula wakil rakyat dari Pakatan Haram yang diwakili oleh Pkr, Pas dan Dap berminat untuk mempromosikan produk barangan dari Kedai Rakyat 1Malaysia secara percuma.

Ketiga-tiga parti komponen yang bergabung di bawah jenama Pakatan Haram, masing-masing tidak melepaskan peluang menghatar wakil parti mereka untuk mencuba nasib sebagai DUTA produk barangan yang terdapat di Kedai Rakyat 1Malaysia.

Dari produk pencuci lantai hingga ke barangan keperluan harian seperti makanan, habis semunya dipromosikan kepada rakyat walau kaedah promosi yang digunakan amat keji sekali.


Sekeji mana pun taktik yang digunakan oleh Pakatan Haram untuk menjahanamkan segala usaha murni yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutama sekali bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana tentunya akan menemui kegagalan.

Percayalah, setiap perkara baik dan bermanfaat yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan, pastinya akan mendapat balasan yang baik juga akhirnya. Sepatunya kita perlu berterima kasih kepada mereka ini kerana tidak pernah putus asa memberi penerangan kepada rakyat tentang bertapa murahnya harga barangan yang terdapat di Kedai Rakyat 1Malaysia.
Murah giler nih..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.