Tiada cerita lain yang paling melawakan pernah berlaku pada orang politik, selain daripada cerita ugutan bunuh yang diterima dengan hanya menghantar sebutir peluru. Sesungguhnya sebutir peluru masih belum lagi mampu untuk membunuh, selagi muncung pistol tidak diacukan ke dahi.
Apa yang berlaku pada Nga Kor Ming ini tidak lebih hanya sekadar cerita jenaka yang dipersembahkan untuk tatapan umum bersempena tamatnya sesi tahun 2011. Malangnya, helah lapuk yang dikitar kembali oleh Nga Kor Ming tidak lagi mendapat sambutan ramai.
Oleh kerana zaman ini rakyat sudah semkain cerdik dan tiada siapa lagi yang boleh dibodohkan kecuali penyokong tegar pakatan, Nga Kor Ming terpaksa membodohkan dirinya sendiri dangan mencipata isu lawak bila mana dirinya berada dalam keadaan sangat terdesak ekoran daripada laporan SPRM yang dibuat oleh blogger Sekupang Dua.
Jika benar ada pihak yang ingin membunuhnya, wak yakin perbuatan itu telah dilakukan sejak dari dulu lagi. Tidak perlu menghantar peluru melalui peti surat secara sembunyi-sembunyi kerana keadah yang lebih cepat dan pantas sudah tersedia, tinggal menarik picunya sahaja.
Mungkin apa yang berlaku ini boleh dijadikan idea bagi peserta pertandingan Maharaja Lawak dalam persembahan mereka. Pasti aksi lawak yang ditonjolkan itu nanti dapat mencuit hati para penonton dan juga para juri.
Diharap apa yang berlaku, cukup lah sampai di sini. Sila guna keadah lain pula pada tahun hadapan, yang mana ia lebih real dan menyakinkan orang ramai untuk mempercayainya. Ntah berapa banyak urat kentut rakyat Malaysia putus kerana tak dapat menahan gelak akibat dari cerita ugutan bunuh yang semcam ini.
Setiap ugutan yang timbul, modus operadinya kelihatan sama sahaja seoalah-olah ada syarikat atau pihak tertentu yang diwujudkan khas membuat kerja part time menghantar peluru dari rumah ke rumah.
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..