Rabu, 28 Disember 2011

Mutu Kerja Kakitangan Awam Malaysia Sekitar 65% Ke Bawah? Memang 'Low Class'

    2:00:00 PTG   No comments


PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.

Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan. BERNAMA

Wak J say

Bagi mereka yang bekerja disektor swasta pasti akan tergelak besar bila terbaca tuntutan dan pindaan yang dibuat oleh Cuepacs ini. Penurunan kadar peratus (%) nilai kerja yang dituntut itu seolah-olah menggambarkan kualiti dan mutu kerja kakitangan awam jauh lebih rendah berbanding dengan operator kilang.

Tidak tahu apa akan terjadi pada nasib penjawat awam sekiranya mereka bekerja di sekotor swasta jika markah nilaian prestasi tahunan untuk kenaikan gaji hanya sekitar 65% ke bawah.

Silap haribulan mereka ini bukan sahaja tidak mendapat kenaikan gaji, malah dibuang kerana prestasi kerja yang kurang memuaskan. Tapi sesungguhnya mereka bernasib baik kerana pihak kerajaan yang ada hari ini kurang menitik beratkan soal mutu dan kualiti kerja kakitanganya.


Agaknya, inilah sebab kenapa bangsa lain kurang berminat untuk bekerja di sektor awam dengan menjadi kaki tangan kerajaan. Mereka risau akan turut dijanjkiti dengan penyakit 'malas' serta kurang daya saing untuk meningkatkan prestasi kerja seperti yang ditunjukkan oleh sebilangan kakitangan awam yang ada. Mungkin terdapat segelintir dari kakitangan awam berasa lega dengan berita penurunan kadar peratus untuk layak menerima kenaikan gaji, kerana selepas ini tidak perlu berusah dan bekerja dengan rajin semata-mata untuk mendapat kenaikan gaji. Ucapan terima kasih patut diucapkan kepada Cuepacs kerana telah meringankan 'bebanan' marakah yang ditanggung.

Memang kelakar tuntutan yang dibuat oleh Cuepacs ini. Tepuk dahi dibuatnya, dalam keghairahan mereka menuntut kenaikan gaji dan bonus setiap tahun, dalam pada masa yang sama juga mereka menuntut agar markah penilaian prestasi kerja diturunkan. Memang sia-sia sahaja kakitangan awam belajar tinggi-tinggi selama ini, tapi mutu kerja yang ditonjolkan lebih 'lousy' dari pekerja kilang.

Orang lain sibuk dok UPGRADE prestasi kerja untuk mendapat kenaikan gaji dan bonus yang lebih tinggi. Kakitangan awam pula terbalik dok sibuk tuntut mutu kerja mereka di DOWNGRADE dan tangga gaji mesti dinaikan setiap tahun. Memang dunia hari ini semakin gila...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.