Jumaat, 16 Disember 2011

Negara Kebajikan Pakatan Hanya Mampu Bagi Air Free, Guna Lebih Lu Bayar Sendiri!!

    2:00:00 PTG   No comments


Benarkah seluruh (tapi ada yang tak merasa) rakyat di negeri Selangor rasa begitu teruja apabila melihat bil air bulanan mereka tercatat RM0.00 yang membawa makna tidak perlu dibayar?. Tetapi kenapa masih ada lagi rakyat Selangor yang bermuram durja setelah mendapat air percuma?. Apa! Bil api melambung, bil indah water dah bertahun tertunggak, cukai pintu masih tak turun lagi. Alangkah baik sekiranya kerajaan negeri Pakatan yang sangat BERKEBAJIKAN ini dapat menampung segala kos yang ditanggung oleh rakyat keseluruhanya agar ia selari dengan konsep kebajikan yang sering dilaung-lalung oleh pemimpin ini bila setiap kali berceramah.

Wak memang sengaja menanyakan solan ini kepada anda semua terutama sekali bagi yang tinggal di negeri Selangor, kerana apa yang sempat diperhatikan sekarang ini, perasaan penyokong Pakatan Pembangkang begitu gembira sambil menunjuk-nunjuk bil air mereka untuk diberi tahu kepada dunia bahawa kerajaan Pakatan, pimpinan rejim Khalid Gagap begitu menjaga kebajikan seluruh rakyat negeri Selangor.

Namun jika dilihat dari sudut realitinya, ia bukan seperti yang digambarkan oleh penyokong taksub pakatan ini. Kerana kita masih lagi perlu membayar untuk terus hidup di Selangor, walau banyak janji manis yang ditaburkan dalam menisfesto Pakatan pada pilhanraya lepas ada yang tidak tertunai lagi hingga ke hari ini.

Mana boleh air sahaja yang percuma. Jika dikira-kira kembali, air percuma yang tidak perlu dibayar ini dihitung jumlahnya setiap tahun sepanjang Pakatan memerintah di negeri Selangor, akan kita dapati ia masih lagi tidak menyamai jumlah bil-bil utiliti yang lain termasuk segala cukai yang terpaksa kita bayar. Itu belum lagi ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pada hakikatnya rasa keterujaan yang cuba digambarkan oleh penyokong pembangkang itu hanyalah sebagai pelapik untuk menutup malu pemimpin Paktan Rakyat di Selangor di atas kegagalan menunaikan janji kepada rakyat setelah hampir empat tahun memerintah.Tidak banyak perkara bermanfaat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pakatan Selangor dalam membantu meringankan beban rakyat. Melainkan kempen-kempen mangajak warga tua supaya bershopping.

Jangan hanya kerana janji air percuma, membuatkan kita hilang pertimbangan serta biji mata menjadi kabur melihat akan hak-hak yang lain sebagai anak negeri dan pembayar cukai di Selangor, bahawa kita sebenarnya layak untuk mendapat lebih dari itu dan bukan hanya air percuma sahaja, kerana nilai setiap undi yang dipangkah oleh rakyat amat berharga. Ingatlah!

Wak J: Ko orang semua ada mandi wajib tak hari ni?

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.