Jumaat, 7 Januari 2011

Testis Khalid Gagap Kena Lastik..Aduiyaiii..Senak!!

    10:37:00 PG   8 comments

Kalangan hadirin termasuk wartawan dan jurugambar yang hadir di majlis angkat sumpah taat setia Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru Datuk Khusrin Munawi di Istana Bukit Kayangan,Shah Alam pagi Khamis terkejut seketika.

Ini bila melihat kelibat Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim muncul.Hadir bersama beliau ialah beberapa orang Exco Kerajaan Negeri.

Sebelum ini beliau ada kata tidak akan hadir majlis itu.Namun Rabu bila ditanya oleh wartawan beliau berteka teki kata tunggu esok.

Dalam dewan majlis Khalid duduk selang seorang sebaris dengan Khusrin di barisan depan.

Beliau kelihatan bersalam dengan Khusrin.

Apapun kemudiannya kenyataan media beliau diedarkan kepada wartawan.

Dalam kenyataan itu Khalid kata beliau hadir sebagai hormat Sultan tetapi kerajaan negeri tetap dengan pendirian tidak setuju Khusrin dilantik sebagai SUK.


Sultan Selangor jarang bertitah di majlis angkat sumpah.Namun kali ini baginda berucap.

Khalid 'kena sebiji' bila baginda menyuarakan rasa kesal kerana banyak titah baginda telah dimanupulasi hingga kelirukan rakyat.

Baginda juga tegaskan bahawa lantikan Khusrin sebagai SUK adalah mengikut prosedur undang-undang tubuh negeri Selangor dan perlembagaan persekutuan.

Sultan juga tidak mahu lantikan ini dipolitikan dan disensasikan...COPY PASTE  entri dari AGENDA DAILY

Ikan Sepat Kering & Anugerah Tuhan..Apa Keistimewaanya?

    7:40:00 PG   1 comment

Jika si isteri menggelarkan  suaminya 'Anugerah Tuhan'. Si suami pula menganugerahkan isterinya dengan gelaran 'Ikan Sepat Kering'. Kesian dengan nasib kak Jijah kita kerana berlakikan seorang manusia yang bernama Anuar Ibrahim atau lebih dikenali dengan gelaran Al-Juburi (Mat Sabu yang kata). Sampai macam tu sekali Bang Nuar memandang bentuk susuk tubuh kak Jijah yang selama ini begitu setia dan sanggup berbuat apa sahaja, walau terpaksa makan hati, tulang dan jantung dek kerana selara suaminya yang tiada batasan.

Walaupun pada hakikat sebanar bentuk saiz ikan sepat kering itu hampir sama dengan susuk tubuh kak Jijah seperti apa yang dikatakan oleh bang Nuar, namun sebagai seorang suami yang baik, adalah tidak sesuai untuk diceritakan hal-hal yang sebegini kepada orang lain. Tidak kira ia dinyatakan dalam bentuk sindiran atau gurauan. Kerana ia dikhuatiri akan menjadi bahan lawak jenaka oleh orang yang mengetahui dan mendegarnya.


Apa jenis manusia la Al-Juburi ni. Sampai hati dia kata kak Jijah kita kalau ditengok dari depan dan belakang semua nampak rata (flat). Kalau kak Jijah tahu , habis kantoi memang nak kena pelangkung la jawabnya malam nanti. Yang dikutuk-kutuk itu juga la yang bang Nuar sedap tibai siang malam, depan dan belakang..Opss..belakang tak boleh kerana diharamkan, sehingga melahirkan zuriat-zuriat yang ramai dan sudah besar panjang sekarang ini.

Apa boleh buat, dah nasib kak Jijah ditentukan sebegini rupa. Sabar je lah melayan karenah dan fe'el bang Nuar yang sejak dari zaman muda hingga ke zaman usia senjanya masih tidak mahu berubah. Malah semakin teruk dan bertambah kronik lagi. Maka benarlah ada pepatah Inggris mengatakan bahawa 'Life begin at 40'. Sekarang usia bang Nuar sudah melebihi empat puluh tahun, tidak ada satu pun tanda-tanda perubahan serta keinsfan dalam dirinya. Selagi matlmat untuk menjadi perdana menteri Malaysia tidak tercapai, selagi itulah bang Nuar akan tetap membuat onar dengan apa juga cara sekalipun. Baca selanjutnya pasal ikan sepat kering di SINI

Wak J: Sepat pun sepat lah..kalau digoreng pun SODAP!!..

Khamis, 6 Januari 2011

Pakatan Rakyat Selangor Dilanda Gempa Bumi Petang Tadi

    4:10:00 PTG   No comments


Pakatan Rakyat  Selangor hari ini dilanda gempa kuat. Wak tak mahu mengulas panjang lebar berkenaan cerita ini. Memang rugi kepada siapa-siapa yang tidak dapat turut sama dalam perhimpunan aman di Dataran Shah Alam petang tadi termasuk wak sekali.

Walaupun wak tidak dapat hadir semasa perhimpunan aman yang bermula di Dataran Shah Alam, disebabkan oleh tuntutan kerja yang mendesak, namun tidak mengapa, wak ada sediakan bingkisan khas buat penjenguk blog Wak Jengkol untuk dikongsi bersama. Dalam entri ini wak ada sertakan bebrapa rakaman gambar yang sempat diambil oleh sahabat Wak semasa menyertai perhimpunan aman tersebut.

Jutaan terima kasih ditujukan buat sahabat wak yang bersasal dari Johor kerana sudi menjadi jurufoto yang tak bergaji untuk wak hari ini. Tahniah atas hasil kerja yang mantap. Well done & Good Job Bro. Kami sebagai  anak jati Johor, berasa sungguh bersemangat dan teruja kerana dapat turut sama berjuang dengan rakan-rakan yang lain demi mempertahankan maruah serta kedaulatan Sultan dan Raja-Raja Melayu.














Wak J: Start your engine now!...

2011: Selangor Darul Ehsan Makin 'PANAS'

    5:52:00 PG   No comments

Dah hampir seminggu awal tahun baru 2011 berlalu, keadaan suhu politik di negeri Selangor nampaknya masih belum ada menunjukkan tanda-tanda penurunan, malah suhu tersebut semakin meningkat dan bertambah panas ekoran daripada beberapa peristiwa yang berlaku di negeri Selangor baru-baru ini.

Antara isu yang paling hangat diperkatakan hingga sekarang ini ialah berkenaan dengan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru iaitu Datuk Mohd Khusrin Munawi. Perlantikan beliau ini mendapat tentangan yang begitu hebat dari segenap penujuru, hingga Sultan yang memberikan perkenan perlantikan tersebut pun sanggup disanggahnya atas sebab perlantikan Datuk Khusrin itu, tidak memenuhi selera cita rasa dan kriteria diharap oleh segelintir individu yang mempunyai kepentingan politik serta niat tertentu dalam kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR).

Sedikit sebnyak isu ini berjaya menenggelamkan kehangatan bahang pilihan raya kecil di kawasan Dun Tenang yang bakal diadakan tidak lama lagi. Seluruh media cetak dan media elektronik sekarang ini lebih banyak memberikan tumpuan lapuran mereka mengenai isu perlantikan SUK Negeri Selangor yang menimbulkan pelabagai cerita kontroversi oleh segelintir pihak terutama sakali dari kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Sekiranya isu kemelut perlantikan SUK ini tidak dapat diselesaikan dan dibendung dengan berkesan, dikhuatiri ia akan membawa ancaman daripada segi politik, ekonomi, sosial dan kewangan kepada negeri selain itu juga, ia turut membuatkan rakyat negeri Selangor berada di dalam dilema, tidak tahu mana satu pihak yang benar dan pihak yang salah.

Terbaru, satu kenyataan akhbar oleh pihak Istana telah dibuat bagi menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru. Dalam kenyataan itu juga menegaskan bahawa perlantikan SUK negeri Selangor yang baru, adalah sah dan ia berjalan mengikut segala prosedur yang ditetapkan serta selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2 (a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Tidak pasti apa sebabnya pihak kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Gagap sukar untuk menerima perlantikan SUK yang baru yang telah mendapat perkenan dari Sultan. Adakah sebab dendam lama seglintir pemimpin PR Selangor terhadap Datuk Khusrin semasa beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Atau pun kerajaan Khalid gagap merasakan Datuk Khusrin ini jenis manusia yang tegas serta tidak banyak songeh dan susah nak dibuat deal dalam gelap sekiranya ada perkara-perkara tertentu yang melibatkan kepentingan peribadi atau politik.

Sebagai anak Johor yang sudah bertahun-tahun menetap dan mencari rezeki di negeri Selangor, melihat fenomina yang berlaku sekarang ini, tidak sepatutnya terjadi kepada sebuah negeri yang terkenal dengan status negeri paling maju dalam peta Malaysia. Punca dan faktor yang menyebabkan situasi tegang ini berlaku adalah disebabkan oleh ketidak cekapan pentadbiran rejim Khalid Gagap (PR) dalam mengendalikan hal ehwal yang berkaitan dengan tadbir urus negeri.Selain itu kerajaan Khalid Gagap yang dibantu oleh barisan exconya juga tidak mempunyai pengalaman yang cukup dalam selok belok pentadbiran dan sesetengah daripadanya juga masih lagi berada dalam keadaan terkejut beruk kerana tidak menyangka terpilih menjadi wakil rakyat dan dilantik sebagai exco kerajaan negeri. Apabila dapat menggemgam kuasa, maka jadilah seperti kera yang dihadiahkan bunga.

Wak J: Artikel ini hanyalah sekadar luahan rasa wak, setalah sekian lama mengikuti kemelut yang sedang melanda negeri Selangor sekarang ini. Semoga isu hangat ini tidak akan terus berpanjangan, dan dapat ditamatkan dengan seberapa cepat yang mungkin. Diharap negeri Selangor yang kaya ini serta rakyatnya akan setiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Sama-sama la kita berganding bahu menyelamatkan negeri Selangor ini dari terus diporakperandakan oleh anasir-anasir jahat yang datang dari Pakatan Rakyat.

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.