Khamis, 30 Jun 2011

Wardina: I Kasi WARNING Sama U All Semua..Jangan Nakal-Nakal...

    9:32:00 PG   No comments
“Saya tidak akan menjadi ceria jika saya dibebani dengan masalah. Jadi, adalah lebih baik saya berehat seketika dan perkara itu telah dipersetujui oleh pihak TV3,” katanya.

Sementara itu peguamnya Iylia Iqbal Ibrahim meminta pemilik blog yang menyiarkan gambar-gambar Wardina tidak bertudung agar mengeluarkannya segera dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan ke atas mereka diambil.

Katanya, tindakan itu perlu untuk menjaga reputasi Wardina yang terjejas dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan gara-gara salah faham tersebut. SUMBER MSTAR ONline

Cerita pasal Wardina lagi..isk..isk tak sudah-sudah. Maklum la wak ni peminat CURANG (bukan setia) sejak dari zaman masa dia NAKAL dulu-dulu, hingga ke zaman dia menjadi wanita SOLEHA sekarang. Berbekalkan dengan wajah yang agak cantik juga, sudah pasti menjadi dambaan ramai lelaki di luar sana. Maap ler wak tak campur kalau bab damba-damba nih, sebab BINI orang wakakakakaka...

Betul-betul kepanasan bila baca statmen terbaru (rujuk petikan atas) Wardina di Mstar sebentar tadi, di mana peguamnya siap bagi warning kepada bloger-bloger Nyamuk, yang mana telah memaparkan gambar-gambar Wardina yang tidak menutup aurat masa zaman dia tengah NAKAL dulu.
Kalau setakat hukuman kena gantung dari berblogger selama beberapa bulan masih boleh terima lagi. Tapi kalu kena masuk lokap dan bayar saman, mahu masak dibuatnya. Mana nak cekau duit. Tak kan sampai nak kena jual tanah kebun kut. Adakah perlu diwujudkan tabung blogger NYAMUK untuk membela rakan-rakan blogger yang bakal dikenakan tindakan undang-undang nanti. Dah masuk kes berat nih..Mengalahkan orang politik yang kena hentam pula dia ni..Harap blogger sekalian bersiap sedia untuk menerima surat CINTA khas dari Wardina dipeti surat rumah masing-masing...hehehehe

Releks la Sis..Tu la gatai sangat nak beri ucapan, tazkirah depan orang ramai, main sambar je apa yang ditawarkan tanpa diselidik terlebih dahulu apa tujuan sebenar program tersebut dianjurkan. Kan dah terkena...amik kau sekali lagi. Dalam cerdik-cerdik dan petahnya berkata-kata dalam rancangan MHI. Ada juga terserlah ketidak pandaian (bahasa kasar orang sebut BODOH) si Wardina disebalik isu ini. Tak sedar diri dipergunakan (kalau betul lah dalam hati tu memang tak ada niat lansung nak berjinak dengan politik). Tak kan la si Wardina ni tak alert lansung pasal isu demo haram yang sering bermain di berita utama TV3 siang dan malam.

Penat Azwaliza Azman dan Kamaruddin Mape dok membebel hari-hari baca laporan berita pasal isu baju kuning dan demo haram Bersih 2.0. Tapi masih ada juga kaki tangan Media Prima yang tak tahu atau buat-buat tak tahu pasal isu semasa yang tengah hangat dibicarkan sekarang ini. Ramai yang kerja di TV3 mungkin segelintir daripadanya jarang dengar berita yang disampaikan. Sebab tu info banyak yang tak masuk dalam kepala otak. Maka terjadilah situasi seperti ini. Tak cukup tanah nak berkuntau bila buat pc. Dah terang-terangan mamat yang duduk semeja tu pakai baju kuning  berlogo Bersih. Sudah tentulah program yang dinajurkan mesti ada bersangkut paut dengan isu demo haram. Basic macam ni pun nak kena ajar dah tua-tua ni.
Jangan salahkan persepsi masyarakat jika mereka memandang serong atas perkara yang telah kamu lakukan sendiri, kerana kamu adalah seorang public figure. Apa sahaja yang dilakukan pasti akan mengundang cakap-cakap orang tidak kira baik atau buruk. Inilah harga yang perlu dibayar apabila berani-berani menjejakkan kaki di pentas politik.

Selaku peminat curang Wardina, kita tunggu apa pula respon dari penganjur iaitu Pakatan Haram untuk membela, sekali gus menafikan pembabitan Wardina dalam progarm tersebut bukan atas dasar politik atau tujuan tertentu, seperti untuk menarik minat orang ramai supaya menyertai demo BERSIH haram lagi suci yang bakal berlangsung July ini. Itu pun kalau dia orang nih nak tolong lah. Kesian wak negoknye...asal terlibat dengan Pakatan Haram..Demo Haram..Benda Haram...kasi pukul rata semuanya takira artis atau orang politik.

Wak J:
FYI wak peminat setia  Amy Mastura....hehehehehe

Ah!!!..Tak Kira Artis Atau Orang Politik..Kalau Tak Temberang Memang Tak Sah

    3:50:00 PG   No comments
 PETALING JAYA: Pengacara Wardina Safiyyah,32, amat kecewa apabila dikaitkan terlibat dengan pertubuhan politik termasuklah menyokong perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Wardina berkata, imejnya tercemar apabila terdapat blog-blog tertentu yang mendakwa dia menyokong gerakan berkenaan sehingga menjejaskan reputasinya apabila banyak pihak yang mempersoalkan perbuatannya itu.

“Saya amat kecewa. Saya tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan haram. Ini semua salah faham pihak-pihak tertentu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.

Ni dia lagi sorang makhluk bergelar artis yang sama spesis dengan Bob Lokman. Kalau Bob Lokman join Pas atas sebab kegagalan dalam hidupnya. Akan datang selepas ini giliran Wardina pula akan join PKR, tapi tak pasti atas alasan apa pula..Jangan tak percaya, tunggu je lah. Segala penafian yang dibuat tu hanyalah temberang semata-mata. Hehehe..nak jadi orang politik ni kena la lebih hebat kelentong daripada artis biasa. Dalam dunia ini hanya ada dua individu sahaja  yang kita tak perlu percaya pada kata-kata atau perbutannya bulat-bulat iaitu Artis (Hiburan) dan Orang Politik

Sudah terang lagi nak bersuluh-suluh. Standard artis Malaysia, ini perkara biasa dalam dunia mereka, tidak ada apa yang perlu dihairankan jika kita dengar pengakuan sebegini keluar dari mulut diaorang. Nafi dan nafi, kononya takut "SAHAM" jatuh kerana dibabitkan dengan politik. Tapi kebiasaanya memang begitu, mana-mana artis yang join politik, tahap kepopularan pasti akan jatuh perlahan-lahan jika tersalah pilih Platform parti politik, atau sekadar ingin mencari publisiti murahan. Tengok je la nasib yang bakal menimpa Wardina selepas ini jika dia benar-benar ingin terlibat dalam dunia politik.

Terbaru dalam kenyataan akhbarnya Wardina cuba menafikan dirinya terlibat dengan agenda haram iaitu Perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai akan datang. Pengakuan ini juga keluar di media setelah diasak bertubi-tubi oleh blogger pro kerajaan berkenaan pembabitanya dalam menjayakan propaganda parti pembangkang.

Lebih elok mengaku je la Wardina oiii..Tak perlu nak berselindung lagi, spin lah ikut celah kelengkang mana sekalipun, tetap akan berbau juga. Ramai sudah mata-mata melihat kelibat kamu di pentas politik pembangkang, kenapa susah sangat nak mengaku, takut periuk nasi yang berada di TV3 (Media Prima) tu nanti kena lempar keluar atas jalan ka?. Kalau yer pun teruja sangat dengan Pakatan Haram tu, cuba cover-cover sikit. Kamu tu masih lagi cari makan, di mana semua orang tahu, majikan yang membayar gaji kamu tu memang pro Kerajaan (BN).
Memang tak salah, kalau mana-mana artis yang ingin mengambil bahagian atau turut serta dalam mana-mana parti politik di Malaysia ini. Tapi biarlah secara low profile dan tidak perlu terlalu menonjol sangat sehingga mendatangkan persepsi yang tidak elok serta gosip-gosip liar terhadap diri sendiri. Amik kau....

Tok Guru tak ada pesan ka??..Tak kan kamu tak tahu, jika menceburi bidang politik ini boleh diibarat seperti menjerumuskan diri ke dalam lubang tahi. Diakhir zaman tiada lagi politik SUCI dan WANGI serta yang indah-indah belaka. Semuanya busuk dan bacin. Sekali kaki sudah melangkah ke dunia politik, bersiap sedialah dengan ketahanan mental dan fizikal yang cukup untuk meghadapi segala tohmahan dan caci maki dari masyarkat.
Kepada Media Prima Berhad, wak sarankan agar meneliti kembali setiap latar belakang pekerja yang makan gaji di sana. Pastikan tiada unsur-unsur yang boleh menyebabkan setesen TV kegemaran ramai ini menajadi tempat pembiak bakaan anasir-anasir jahat, di mana satu masa nanti akan mendatangkan porak peranda, malapetaka becana yang tidak diingini. Mana-mana pekerja yang cuba nak lawan taukey, buang je lah depa nih..Aman dunia, orang lain nak bekerja pun rasa seronok.

Wak J: Pakai tudung pun masih lagi nak kelentong...dunia..dunia

Rabu, 29 Jun 2011

Selepas Johari Abdul, Giliran Papa Gomo Pula Masuk YouTube

    4:52:00 PTG   1 comment
Salam, wak muncul kembali..hehehe.Sudah lama bebenor rasanya wak tak kemaskini blog. Hehehe macam biasa lah, kerja masih lagi bertimbun-timbun dan tak tahu bila nak habis. Anak pula dah bertambah lagi seorang. Huh! memang tak cukup kaki dan tangan nak handle..hehehe

Hari ini dan hari-hari seterusnya rakyat Malaysia akan terus disajikan dengan cerita-cerita dalam kain, dalam kelambu serta kisah turun tanga, naik tangga yang berlaku dalam keluarga 69 pakatan haram  (Pas, PKR & DAP)

Cerita yang tengah hangat sekarang ini berlegar-legar di laman blog, berkisar tentang seorang wakil rakyat bernama Johari Abdul atau lebih dikenali dikalangan rakan blogger sebagai Jo Bendul atau Jo Jambul.

Selepas meletupnya cerita video seks yang melibatkan seorang pemimpin utama pembangkang Pakatan Haram bersama seorang china doll. Johari Abdul lah merupakan antara orang yang terawal menontonya..huhuu class gitu.

Selain tabiat suka berbohong selaku orang politik. Johari Abdul ini juga mempunyai tabiat seperti lelaki normal lain iaitu gemar menonton video lucah. Kalau tak percaya tengok video di bawah ini. Kantoi bodoh je..

Menurut maklumat yang banyak bertebaran di ruang cyber mengatakan Johari Abdul adalah individu yang terawal mengesahkan si pelaku zina dalam video seks tersebut adalah Anwar Ibrahim merangkap suami kepada Wan Azizah dengan tanpa was-was...

Setelah hajatnya untuk menuntut habuan pelincir dari Dato T gagal. Johari Abdul juga lah antara orang yang terawal menafikan pelaku zina yang sedang berkasi kamasutra dalam video klip itu bukan Anwar Ibrahim. Hebat sungguh si Johari Abdul nih.. Boleh digelar "The 1st Man"...

Demi ingin mengambil hati bosnya kembali iaitu Anwar Ibrahim, apa sahaja sanggup dilakukan termasuk perkara-perkara pelik, melucukan dan kelihatan bodoh. Wakil rakyat kawasan mana la dia ni. Buat malu betul.

Perkara yang membuatkan ramai orang rasa tak boleh tahan dari menahan apa saja termasuk kencing ialah, apabila melihat video klip bikinan Jo Bendul sendiri di YouTube. Natah apa-apa aja yang dicakapkan kat dalam tu. Gayanya macam pakar tapi semunya hamPASsss.. Nak cari publisiti la tu. Hehehe. Tujuan video klip serta penerangan yang dibuat oleh si Bendul dalam videonya ini sebenarnya semata-mata untuk meng-cover up cerita kotei bengkok bosnya yang kini hangat menjadi bahan bualan di seluruh pelusuk tanah air.



Hari in wajah Johari Abdul semakin popular dan glamour di laman YouTube, bukan kerana video yang dihasilkan itu bagus dan dipercayai ramai, tetapi disebabkan oleh rakaman yang dibuat oleh Dato T ke atas diri Johari Abdul sendiri ketika sedang seronok dan asyik menonton aksi lucah bosnya yang tengah sedap menutuh chinadoll...amik kau!.

Mungkin selepas ini mereka-meraka yang terlibat dan terawal menonton video klip lucah ketua pembangkang pakatan haram bersama Dato T, akan berasa seram sejuk & panas badan kerana dikhuatiri wajah mereka pula akan terpampang di YouTube. Siap sedia je la semua..

Memang tak dapat nak di bayangkan sekiranya wajah PAPA GOMO pula yang masuk YouTube ketika sedang asyik menonton video lucah Anwar Ibrahim bersama Dato T. Jangan marah yer Papa..hehehe..Nasib la tu siapa jadi orang yang terawal menonton video tersbut.

Moral dari kisah Jo Bendul ini, disarankan kepada penggemar atau penonton video prono, disarankan agar menontonya secara berseorangan dan jangan kecoh-kecoh bila dapat tengok barang baik. Sendiri syok sudah ler. Tak kan itu pun nak kena ajar kikikikiki..

Wak J: Macam Jerangkung dalam Baldi pulak si Jo Bendul ni bila ketawa terkekek-kekek sambil nonton aksi seks bosnya...
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.