Kah kah kah..Melepas aku jawatan exco. Segala jangkaan yang dibuat oleh para blogger semuanya meleset. Kalau jangkaan ini dibuat dalam bentuk pertaruhan wang pasti ada yang gila isim sekarang akibat kalah besar.
Memang sesuatu yang tidak dijangka, lain pula yang diteka, lain pula yang dipilih bagi menggantikan Hasan Ali sebagai exco agama kerajaan negeri Selangor.
Nampaknya jilatan yang dilakukan oleh Dr. Rani pada 9hb Jan lepas terhadap Anwar Ibrahim masih lagi tidak memberikan kesan mendalam yang boleh menambat hati penasihat ekonomi Selangor yang bernilai RM1, agar membuatkan dirinya terpilih.
Sesungguhnya gaya penampilan ala-ala hip hop yang cuba ditonjolkan oleh Dr. Rani semasa memberi sokongan terhadap pembebasan Anwar, tidak digemari oleh pihak lain. Mungkin itu penyebab kenapa dirinya tak terpilih.
Mana mungkin seorang exco agama sanggup memakai topi secara terbalik semata-mata untuk melindungi diri dari diketahui orang lain bahawa dialah antara parasit dalam Pas yang terhasil dari benih air mani Anwar Ibrahim. Jangan kecewa naa..
Terbaru : Bukti Najib Razak bukan dalang kepada penyelewengan 1MDB.
Seminggu yang lalu
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..