Rabu, 18 Januari 2012

Lelaki Homoseks Tidak Layak Jadi Pemimpin! Rakyat Wajib Menolaknya

    10:20:00 PG   No comments


Wak J: Apa yang ditegaskan oleh Dr. Hasan Ali mengenai isu moral Anwar Ibrahim memang ada kewajaranya untuk kita sebagai rakyat Malaysia mengambil peduli akan perkara ini. Jika kita tersilap dalam membuat pertimbangan, dikhuatiri akan mengundang 'bala' dari Allah.

Sebagai rakyat yang sering mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian dan berpegang kepada fitrah semula jadi sebagai manusia normal, wajib menolak apa jua entiti atau individu yang cuba bersekongkol atau menghalalkan perkara mungkar seperti gejala homoseksual atau hubungan sejenis dari dari terus merebak.

Sejak dibebaskan dari pertuduhan meliwat bekas pembantunya atas alasan teknikal, tingkah laku Ketua Pakatan Pembangkang, kelihatan lebih cendrung membela nasib golongan yang bertabi'e songsang ini. Lihat sahajalah kenyataanya dalam sesi temuramah oleh BBC tempoh hari yang mempertikai undang-undang yang menegah perbuatan tak bermoral seperti liwat dianggap sudah tidak lagi relevan.



 "Walaupun masyarakat Malaysia rata rata tidak boleh menerima homoseksual di khalayak ramai, undang-undang lapuk sodomi tidak harus diguna untuk menghukum orang yang tidak bersalah" :- Anwar Ibrahim

Jika pihak asing sendiri sudah menayakan, benarkah Malaysia telah membenarkan perlakuan homoseksual ini dilakukan secara terbuka. Apa tandanya tu. Bermakna mereka paham akan situasi yang berlaku di negara ini.


Demi untuk kesejahteraan umat yang ada hari ini dan masa akan datang, tidak kira kegiatan homoseksual ini dilakukan di khlayak ramai atau tempat tersembunyi, rakyat wajib menolak Anwar Ibrahim secara total, tanpa perlu rasa ragu-ragu. Kerana, apa yang dinyatakan itu seolah-olah memberi nafas baru kepada golongan bernafsu songsang ini untuk meneruskan perbuatan jijik mereka tanpa segang silu setelah mendapat green light dari bakal Perdana Menteri Malaysia ke 7. 

Tolak Anwar – Hasan Ali

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.

Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.

Pada sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur, semalam, Hasan turut mendedahkan mengenai ancaman golongan parasit dalam Pas.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.