Antara figur yang menjadi penyumbang utama kembangnya industri pelacuran di Selangor. Punaisehat Ekonomi Seringgit
Tahniah! diucapkan kepada kerajaan negeri Selangor yang dinaungi oleh Pakatan Pembangkang kerana telah mengangkat industri lendir atau pelacuran sebagai satu lagi sumber pendapatan utama kerajaan negeri. Bermula dari rumah urut, spa dan rumah kedai. Industri pelacuran yang dijalankan di Selangor kini melangkah setapak maju ke depan apabila premis kilang pula dijadikan tempat orang ramai untuk melampiaskan nafsunya.
Ini merupakan satu perkembangan terbaik dan sangat memberangsangkan bagi negeri Selangor semenjak exco agama Islam yang sebelum ini disandang oleh Hasan Ali dari Pas kini bertukar tangan kepada menteri bersarnya iaitu Khalid Ibrahim@Gagap setelah exco agama yang lama disingkir dan dipecat tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Hasil dari langkah penjimatan segala kos yang melibatkan perbelanjaan mengurus serta pembangunan yang diambil oleh kerajaan negeri Pakatan Pembangkang Selangor telah menyebabkan kerajaan negeri berupaya meyimpan rizab tunai yang banyak dengan mengiktiraf industri pelacuran sebagai salah satu punca utama pendapatan selain daripada hasil yang dikaut dari sumber bumi.
Dengan terbiaknya industri lendir turun temurun ini di Selangor, sudah tentu ia akan meberikan kesan tempias yang bermanfaat kepada pemain industri yang terlibat dengan kegiatan ini terutama sekali bagi mereka yang mengeluarkan produk yang berasaskan latex atau getah seperti KONDOM. Sekaligus dapat menjulang nama Malaysia sebagai negara pengeluar utama kondom di dunia seperti yang diberitakan sebelum ini.
Jangkaan orang ramai yang meramalkan keadaan negeri Selangor akan bertambah buruk setelah Khalid Gagap mengambil alih tugas exco agama Islam kini menjadi kenyataan ekoran dari kembang biaknya industri pelacuran di negeri Selangor.
Apa yang berlaku ini, adalah bukti nyata kesan dari penyingkiran Hasan Ali dari Pas dan jawatan exco disandangnya yang perlu diambil pusing oleh segenap lapisan rakyat Selangor yang membenci perbuatan mungkar seperti ini.
Rakyat Selangor haruslah bersedia menerima perkembangan yang berlaku ini sebagai satu rahmat paling besar dalam kehidupan kerana telah memilih Pakatan Pembangkang sebagai wakil dalam menentukan hala tuju perjalanan hidup sehingga menjelang PRU13. Berdoalah seluruh rakyat Selangor agar 'rahmat besar' ini tidak ditukar kepada bala becana yang amat dahsyat ekoran dari kelemahan sistem pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Haram Pembangkang.
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..