Sabtu, 14 Januari 2012

Kalau Baru Mula Dah Hambar..Apa Tandanya Tu?

    11:46:00 PG   No comments


Wak J: Apa sudah jadi dengan Konvensyen Pakatan Haram kali ini. Dengar ceritanya kurang mendapat sambutan dihari pembukaan. Jangan bikin malu la weiii...satu Malaysia, rakyat dok tunggu apa agenda yang akan dibentangkan oleh Pakatan Pembangkang untuk masa depan negara.

Anwar Ibrahim sudah bebas, apa yang tidak kena lagi sekarang. Sepatutnya konvensyen kali ini mendapat sambutan yang paling hebat setelah tiga tahun Anwar bergelumbang dengan pertuduhan meliwat bekas pembantunya. 

Semua ni Gong Xi Fa Cai punya pasal...Cina DAP sekarang tengah sibuk buat persiapan raya Tahun Baru Cina, pergi membeli belah bersama keluarga, yang binggai sangat dok buat konvensyen time macam ni apa jadahnya.. Tak ke stupid idiot namanya tu.

ALOR SETAR: Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 bermula dengan sambutan hambar apabila sebahagian besar kerusi perwakilan yang disediakan diruang utama Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Suka Menanti disini kosong.

Sehingga hampir pukul 10 pagi iaitu selepas sejam majlis bermula, kelihatan hanya kira-kira 1,200 perwakilan memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan kepada lebih 2,000 perwakilan.

Turut kosong kerusi dibahagian pemerhati yang hanya dipenuhi kira-kira 400 orang.
Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar mensasarkan kehadiran lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati pada konvensyen kali ini.

Konvensyen yang bermula pada pukul 9 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Pemuda Pakatan Rakyat.

Antara pimpinan komponen pembangkang yang hadir ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; NaibPresiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng. SUMBER MSTAR ONLINE

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.