Sabtu, 14 Januari 2012

Kerajaan Negeri Pakatan Selangor Gelabah Bila Dengar Najib Mahu Tunaikan Janjinya

    9:20:00 PG   No comments


Wak J: Bila Perdana Menteri sendiri yang sudah berjanji, maka rakyat tidak perlu merasa ragu lagi. Sudah tentunya apa yang dikata oleh Najib itu akan dikota walau dalam apa jua cara sekalipun.

Apa-apa pun terpulang kepada kita semua sebagai rakyat untuk menterjemah janji-janji itu sebagai satu realiti. Sesungguhnya hubungan antara Rakyat dan Kerajaan saling melengkapi antara satu sama lain. Jadi jangan sia-siakan peluang ini, jika tidak ingin hidup lebih menderita lagi di bawah pentadbiran negeri yang ada kini.

Sebagai rakyat yang berfikiran waras serta selalu berpijak di bumi yang nyata, fikir-fikirlah tawaran yang diberikan oleh pihak Kerajaan ini demi kesejahteraan hidup di masa hadapan. Untuk warga Selangor dah tiba masanya anda mengubah keadaan sekrang ini kembali ke asal agar masa depan kita lebih terjamin.

SHAH ALAM 13 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh rakyat Selangor bahawa masalah yang dihadapi mereka ketika ini tidak akan selesai sekiranya kerajaan negeri terus ditadbir pakatan pembangkang.

Perdana Menteri berkata, banyak masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, malah masih banyak janji pilihan raya umum lalu gagal ditunaikan meskipun pembangkang sudah berkuasa di negeri ini hampir empat tahun.

“Kita dapati pemerintahan kerajaan negeri mencecah empat tahun sejak pilihan raya 2008, tetapi amat jelas dalam banyak hal, ada perasaan kecewa di kalangan rakyat negeri ini kerana janji-janji kerajaan negeri tidak ditunaikan seperti mana yang dialami penduduk di Pangsapuri Rimba Jaya pada hari ini.

“Begitu juga dengan golongan peniaga seperti di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mengadu hal mengenai kerajaan negeri yang sebelum ini menabur janji lunak dan manis.

“Apabila sudah berkuasa para pekedai di kompleks berkenaan dikenakan kenaikan sewa bukan 10 peratus, bukan 20 peratus tetapi 100 peratus. Saya kata keputusan itu amat keterlaluan dan tidak adil kepada peniaga. Kalau jualan naik tidak apalah tetapi ada jualan tidak naik (sebaliknya) menurun pun ada tetapi mereka dikejutkan dengan kenaikan sewa 100 peratus ini,” katanya berucap pada ‘Program Sepetang Bersama PM’ yang dihadiri lebih 2,000 penduduk Pangsapuri Rimba Jaya di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed; Penyelaras BN Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin dan Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Zulkurnain Md. Roslan serta pemimpin-pemimpin parti komponen.

Kehadiran Perdana Menteri turut menarik perhatian anggota parti pembangkang apabila sekumpulan penyokong Pas dilihat turut hadir mendengar ucapan Najib.

Najib memberi jaminan bahawa BN akan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini jika diberi kepercayaan untuk mentadbir Selangor.

“Maka, adalah lebih baik kita ambil alih kerajaan negeri, kita selesaikan masalah rakyat yang kerajaan negeri tidak selesaikan seperti masalah bekalan air, sampah sarap termasuk masalah rakyat di Pangsapuri Rimba Jaya ini,” tegasnya.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor turut mengumumkan penyelesaian kepada masalah penduduk Pangsapuri Rimba Jaya dengan meluluskan peruntukan membina sebuah surau dan kuil yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri sehingga kini. SUMBER UTUSAN

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.