Sabtu, 14 Januari 2012

Kegiatan Seks & Liwat 'Suka Sama Suka' Punca Permintaan Kondom Dunia Meningkat

    1:47:00 PTG   No comments


Wak J: Pembebasan Anwar Ibrahim pada 9hb Jan 2012 lepas telah memberikan satu rahmat besar kepada pengeluar kondom di negara ini. Kerana permintaanya semakin menigkat ekoran dari amalan seks suka sama suka yang kini tidak lagi menjadi kesalahan dan yang paling penting ialah dilakukan dengan cara sihat dan selamat.

Penoreh getah dan pengeluar kondom seharusnya berterima kasih kepada ketua Pembangkang Pakatan Rakyat iaitu Anwar Ibrahim kerana dengan kes liwat yang ditafisirkan oleh Karpal Sink sebagai 'suka sama suka' telah melonjak industri kondom negara ke tahap yang tertinggi sebagai pengeluar kondom utama dunia sekaligus meraih pendapatan lumayan pada golongan yang terlibat dalam industri ini.

Adakah ini suatu kebetulan atau ada 'bala' yang bakal menimpa kepada kita semua kerana terbebasnya Anwar Ibrahim selaku pelopor 'Kebabasan Berseksual' di negara ini dan meningkatnya permintaan kondom di dunia?. Sama-sama kita tunggu apa malapetaka yang bakal datang menjelma..


Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC). MREPC berkata, Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.

"Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom,” kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama. Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia - Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia - terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.