Semenjak Hadi Awang menjadi pemimpin utama kepada sebuah Parti Islam bernama PAS, habis jahanam segala matlamat asal pejuangan parti itu untuk membangunkan sebuah negara Islam di Malaysia.
Seperti yang selalu diwar-warkan oleh penyokong Pas apabila ditanya apa matlamat utama parti yang disokonganya itu, masing-masing memberikan jawapan untuk membangunkan sebuah negara Islam dan segala syiarnya dikembangkan.
Namun semuanya itu berubah dalam sekelip mata, matlamat dan fokus utamanya untuk mendirikan sebuah negara Islam sudah bertukar kepada matlamat untuk menumbangkan kerajaan BN. Tak tahu lah wak, sunnah nabi mana agaknya yang digunapakai oleh kepimpinan Pas hari ini.
Sepatutnya apa jua perkara atau isu yang timbul tak kira isu liwat Anwar atau siapa yang bakal dilantik menjadi PM dari Pakatan Pembangkang sekiranya Anwar di penjarakan semula, persoalan tentang Islam itu perlu diberi keutamaan terlebih dahulu supaya dapat disesuaikan dengan imej Islam yang dibawa. Ini tidak, sibuk mengejar kuasa sahaja. Islam ntah ke mana, bakal PM pun tak tahu lagi siapa, akhir sekali Pas hanya layak menjadi 'Keldai' tunggangan sahaja.
Ini lah natijahnya kalau orang Islam itu sendiri sanggup berpeluk cium, berkawan dengan 'Syaitan Dap' dan 'Dajjal PkR'. Kabur pandangan biji mata untuk melihat kebenaran yang tersedia di depan mata. Apa yang lebih malang lagi, hilang arah tuju kerana tidak tahu ke mana tempat hendak pergi dan terlupa tujuan asal parti Islam itu ditubuhkan.
Maka benarlah seperti yang dicerita kepada kita tentang kisah akhir zaman nanti akan ada satu golongan orang Islam yang berada dalam keadaan serba salah dan tersepit di antara kelompok Yahudi dan Nasrani, mencari jalan keluar untuk memilih mana yang 'hak' dan yang 'bathil'.
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..