Selasa, 21 Februari 2012

Anwar Ibrahim Tersenyum Setan..Nik Ajis Dan Seluruh Parti Islam Pas Akan Dikencing Lagi

    12:02:00 PG   No comments

Nak lihat macam mana rupa bila setan tersenyum..Lihat foto di atas

Dikhabarkan Anugerah Tuhan akan bertemu dengan Nik Ajis. Dengarnya nak beri penjelasan berkenaan isu sokongan terhadap keselamatan negara haram Israel yang hangat diperkata hingga sekarang, semenjak kenyataan sokongan terbuka Anwar itu keluar di WSJ sambil mendapat penghargaan dari Jurusalem Post

Apa yang wak jangkakan semasa perjumpaan itu nanti, Pas akan longlai seperti biasa apabila mendengar penjelasan dan ayat power si Al-Jub. Pasti Anwar akan kata pada Nik Ajis bahawa sokongan terhadap keselamatan negara haram Israel itu hanya gimik sahaja.

Dan Anwar akan berkata lagi pada Nik Ajis di hadapan lebai-lebai Pas sambil senyum setan menjelaskan, apa yang disebutnya dalam WSJ itu adalah strategi apabila berdepan dengan media milik Yahudi. So kena lah cakap yang baik-baik di di depan mereka walau terpaksa mengguris hati umat Islam lain.

Pernah dan berani ke Anwar nak kutuk-kutuk Yahudi secara anak jantan. Berani kerat kuku kalau Anwar buat macam tu. Ada pula nanti dana dari wang Yahudi tak masuk ke dalam akaun untuk membiyayai kempen parti, lagi la nak dekat PRU13 ni.

Ntah apa pula nanti fatwa yang bakal dikeluarkan oleh 'Nabi' Pas, Nik Ajis setelah mendengar temberang Anwar Ibrahim berkenaan isu Israel ini untuk menjustifikasikan bahawa perbuatan Anwar menyokong isu keselamatan negara haram Israel itu adalah dibenarkan dalam Islam kerana ia sebahagian dari strategi dalam Islam.

Wak cuma meneka je..Harap tak betul lah, kalau betul, memang sesuatu yang dijangka. So nanti jangan ada yang terkejut beruk bila dengar Nik Ajis berlembut berhubung isu Yahudi ini berbanding hari yang sebelumnya. Biasa lah 'orang tua' faham-faham sajalah.

Apa pendirian Pas tentang isu Yahudi ini, sama-sama kita tunggu apa kata muktamad yang keluar dari mulut pemimpin parti Islam itu nanti, samada nak menyokong kenyataan Anwar seperti yang dilaporkan di dalam WSJ atau beri kata dua untuk keluar dari gabungan Pakatan Pembangkang. Itu pun kalau jantan-jantan dalam Pas masih 'bertelur'...hehehehe



KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu keselamatan negara Israel akan berlangsung Selasa.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan demikian pada sidang media di Pejabat Agung Pas di sini, Isnin, namun lokasi dan masa pertemuan itu tidak dimaklumkan.

Pertemuan itu menjadi perhatian banyak pihak ekoran kenyataan kontroversi Ketua Pembangkang itu yang menyokong keselamatan negara Israel.

Pada 13 Feb lepas, Nik Aziz menggesa Anwar supaya menarik balik kenyataan sokongan itu sekiranya benar dibuat atau menyaman The Wall Street Journal sekiranya laporan itu salah.

Menjawab soalan apakah yang akan dilakukan Pas sekiranya Anwar tidak menarik balik kenyataan sokongan itu, Mahfuz berkata: "Itu kita tunggu hasil pertemuan mereka besok". - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.