Rabu, 22 Februari 2012

Oh! Selangorku..Kenapa Setelah Tiga Tahun Berlalu..Baru Nak Membantu Rakyat?

    11:21:00 PTG   No comments


Setelah tiga tahun mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, baru sekarang kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Pembangkang tergerak hatinya hendak membantu rakyat.

Selama ini, apa yang kerajaan negeri Pakatan Selangor buat untuk menaikan taraf hidup rakyat dan kenapa baru sekarang perancangan tersebut hendak dilaksana sedangkan rakayat telah menanti segala janji yang ditaburkan sejak sekian lama.

Sudah hampir menjelang PRU13, kerajaan negeri Pakatan di Selangor bagai baru tersedar dari mimpi basah yang mengasyikkan setelah lenanya dikejut oleh rakyat Selangor yang selama ini begitu mengharap agar hidup mereka setiasa dijaga kebajikkanya.

Melalui Geran Selangorku, RM300 juta diperuntukan sebagai 'gula-gula' pilihanraya untuk membeli kembali hati rakyat Selangor, yang kini dilihat sudah mula tawar kerana kecewa hidup tidak dibantu oleh kerajaan yang mereka sendiri pilih.

Momentum kemenangan Pakatan Pembangkang di Selangor semasa PRU12 lepas perlu dikekalkan hingga ke PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. Dengan peruntukkan geran Selangorku yang baru sahaja diwar-warkan ini setelah sekian lama rakyat menanti, ia akan memberikan gambaran bahawa kerajaan negeri yang ada sekarang sangat-sangat berkebajikan.

Tahniah kepada rakyat Selangor kerana pernah memiliki seorang Menteri Besar yang sangat bijak walau setiap kali berhadapan dengan masalah rakyat dia akan tergagap-gagap dan lari menyorok di dalam kain setiausaha politiknya.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.