Jumaat, 24 Februari 2012

Lepas Bini Ditalak Tiga Dapat Pula Celaka Dunia Akhirat..Malang Sungguh Siapa Jadi Calon Pas!

    10:30:00 PG   No comments


Signal kekalahan Pas pada PRU13 akan datang sudah semakin jelas. Jika dahulu para calon yang ingin bertanding pilihanraya diwajibkan berbai'ah dengan menjatuhkan talak tiga kepada isteri, kini amalan tersebut telah naik setingkat lagi ke tahap yang lebih tinggi iaitu berbai'ah untuk menerima kecelakaan di dunia dan akhirat sekiranya menyeleweng dari dasar Islam dan berpaling tadah pada parti.

Seruan bai'ah celaka dunia akhirat yang keluar dari mulut Presiden Pas ini seolah-olah menggambarkan bertapa teruknya akhlak yang dimiliki setiap calon yang bakal pertanding semasa pilihanraya nanti, sehingga dipaksa berbuat demikian bagi memastikan calon yang dipilih itu nanti benar-benar suci.

Pas hanyalah subuah pertubuhan politik yang berdaftar di bawah perlembagaan Lord Ried dan parti poltik itu bukan turun dari langit. Pas hanya mengguna label Islam sekadar untuk mencari makan dan mengsakau duit derma ahlinya. Saranan Tun M supaya orang Islam hanya perlu berbaiah kepada Allah para Rasul dan Sahabat adalah tepat sekali.

Parti Islam Pas masuk bertanding pilihanraya pun bukan untuk meyebarkan syiar Islam, matlamat mereka hanyalah untuk mendapatkkan kuasa dan menawan Putrajaya selain melihat musuh ketatnya iaitu Umno ditumbangkan. Itu sahaja!

Yang menjadi persoalan sekarang, betul ke perjuangan Pas ini adalah sama dengan pejuangan Islam yang sebenar seperti mana yang pernah diperjuangkan semasa zaman Nabi SAW dan para Sahabat?. Jika Pas benar-benar berjuang mengikut landasan Islam yang berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, kenapa masih ramai lagi orang Islam di negara ini menolak parti Islam itu.

Pas sanggup bersekongkol dengan kafir Dap demi untuk menjatuhkan lawanya dan menimbulkan perpecahan antara orang Islam melalui beberapa tindakkanya sejak parti itu mula ditubuhkan. Bukan ke perbuatan Pas itu dari awal-awal lagi sudah menyeleweng dari dasar Islam.

Pas nampaknya sudah mati akal dan tiada jalan lain lagi untuk menarik kembali sokongan orang Islam terhadap partinya itu. Ahli dalam Pas sendiri sudah mula mempertikai dasar parti itu yang pada asalanya untuk membangunkan sebuah negara Islam tapi ianya berubah sekelip mata semenjak bersetubh dengan rakan sejenisnya dari Pkr dan Dap.

Apa yang kita boleh harapkan ialah semoga parti Islam Pas ini tidak dilakhnat dunia akhirat kerana sering mempersenda dan memperguna Islam bagi mencapai matlamatnya untuk menawan Putrajaya. Bak kata pencacai Pas "syiar Islam hanya akan berkembang di bawah Pas sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya".


SHAH ALAM 22 Feb. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya meminta ahli parti itu berbai’ah kepada Allah dan bukannya kepada pemimpin mereka yang hanya berminat untuk menang pilihan raya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana jika manusia biasa membuat bai’ah atau lafaz taat setia sesama manusia atau parti, mereka mempunyai kecenderungan melanggar lafaz yang telah dibuat.

“Sebagai seorang yang beragama Islam, kita hanya berbai’ah kepada tuhan iaitu Allah dan hanya kepadaNya kita tunduk.

“Kita juga wajar berbai’ah kepada semua Nabi dan Rasulullah yang diiktiraf oleh agama Islam,” katanya selepas menyampaikan syarahan perdana bertajuk Transformasi Minda Penyelidik Muda di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Dekan Fakulti Sains Gunaan UiTM, Prof. Dr. Ri Hanum Yahaya Subban.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa setiap calon Pas yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diwajibkan berbai’ah dan sesiapa yang melanggar bai’ah itu akan ‘celaka dunia dan akhirat’.

Dr. Mahathir berkata, Pas kini dalam keadaan terdesak untuk menguatkan parti dengan cara menguatkuasakan bai’ah dalam kalangan ahli yang bakal bertanding PRU-13.
“Bai‘ah ini hanya akan mengongkong pemikiran, yang mana pemimpin Pas tidak dengar dan terima pendapat ahli sendiri.

“Kesetiaan kepada pemimpin sepatutnya berpada-pada kerana sebagai manusia mereka tidak sempurna dan bila-bila masa boleh membuat salah, Presiden Pas bukannya nabi,” katanya.

Mengulas mengenai penubuhan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali, beliau berkata, pertubuhan tersebut diharap dapat menjelaskan objektif penubuhannya dengan lebih jelas.

Ujar beliau, jika Jati cenderung kepada perjuangan politik, perpecahan orang Melayu akan menjadi kepada empat bahagian hingga akhirnya menjadi golongan minoriti sahaja.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.