Selasa, 28 Februari 2012

Kelantan Juara Masalah Sosial Di Bawah Pentadbiran Ulamak? Habis Rosak Jahanam!

    11:59:00 PTG   No comments


Terlebih dahulu, ucapan setinggi-tinggi tahniah di tujukan kepada Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadabiran Pas, kerana sekali lagi telah berjaya menjadi Juara Masalah Sosial di peringkat negeri-negeri seluruh Malaysia.

Peningkatan naik kadar jumlah penagih dadah di kalangan anak muda di Kelantan sebanyak 100% merupakan satu pencapai yang paling memberangsangkan sepanjang 20 tahun lebih Pas mentadbir negeri Kelantan.

KOTA BHARU 28 Feb. - Kes penyalahgunaan dadah di negeri ini mencatatkan peningkatan lebih 100 peratus pada tahun lalu iaitu sebanyak 9,124 kes berbanding hanya 4,255 pada 2010.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, kebanyakan yang terlibat adalah golongan muda membabitkan pengambilan dadah jenis methamphetamine atau pil kuda kerana ia lebih mudah diseludup masuk dari negara jiran. PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA


Faktor utama yang menjadi pendorong kepada peningkatan masalah penagihan dadah di Kelantan ini berpunca dari 'kebijaksanaan' Menteri Besarnya sendiri iaitu Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam mentadbir dan mentarbiyah. Selain itu juga didorong dengan kesibukan para pemimpinya berpolitik untuk mengekalkan kuasa hingga terlupa megambil berat akan kebajikan atau mengabil tahu tentang keadaan hidup rakyat yang diwakilinya.

Masalah sosial yang semakin menjadi-jadi semenjak Pas mengambil alih pentadbiran Kelantan, seolah-olah ia tidak dipedulikan atau dipandang sepi kerana pemimpin Pas ini merasakan masalah yang berlaku itu tidak ada kaitan dengan hidup mereka. Dan tugas untuk menjaga atau membentras gejala ini hanya diletakkan kepada satu pihak sahaja. Ntah tidak tahu ke mana perginya tanggung jawab orang yang mempunyai ilmu agama dalam menyelesaikan masalah ini.

Mereka berharap agar pihak berkuasa sahaja dapat mengawal gerak-geri muda mudi di Kelantan tetapi golongan alim ulmak Pas ini mengmabil sikap lepas tangan untuk mendidik dan memberi penekanan yang lebih beratapa Islam menegah dari membuat perkara yang sia-sia dan boleh mendatangkan kemudaratan.

Sepatutnya di bawah kepimpinan ulamak, keadaan sesebuah tempat atau negeri yang dinaunginya akan lebih sejatera dari masalah sosial dan rakyatnya hidup aman sentosa tanpa perlu rasa risau kasut, baju, selipar dirembat mat gian.

Corak kepimpinan ulamak yang diterapkan dalam sistem pentabiran negeri seakan-akan tidak berfungsi sepenuhnya untuk menjamin kesejahteraan rakyat, kalau ada pun ia hanya sekadar menumpukan kepada perkara tertentu seperti hal politik atau hal yang berkaitan agama sahaja. Soal kebajikan sosial dan ekonomi rakyat diabaikan begitu sahaja.

Seluruh rakyat Kelantan harus merasa bangga dengan kecermerlangan masalah sosial  yang dikecapi ini kerana hanya di bawah kepimpinan ulamak Pas sahaja ia boleh berlaku dan berkembang biak. Kepada rakyat Kelantan jangan malu-malu jika orang luar bercakap atau mengata akan perkara ini. Kerana apa yang berlaku itu semuanya di atas pilihan kamu sendiri.

JOM TUKAR!!!

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.