Ahad, 12 Februari 2012

Kerana Sedap Melantak Mee Kari Di Rumah Hasan Ali, Sampai Tak Ingat Anak Bini..

    5:30:00 PTG   No comments

Cuba teka telinga milik siapakah itu?

Pada 9hb Feb yang lepas, wak berkesempatan berkunjung ke rumah Datuk Dr Hasan Ali yang terletak berhadapan dengan Masjid Al Ghufran, Taman Tun Dr Ismail bersama rakan-rakan blogger yang lain.

Inilah kali pertama semenjak berkecimpung dalam dunia blogger, wak menjejakkan kaki ke rumah seorang tokoh politik yang disegani. Pertama kali, dan berstatus blogger jalanan, sudah tentu ada rasa teruja dalam hati bila dapat berjumpa.

Mungkin, selepas berjumpa Dr Hasan Ali, hati wak akan terdetik untuk menyertai satu badan NGO bernama JATI yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi. Kalian bagaimana?

Pelbagai isu penting dibangkitkan dan dikupas secara detail oleh Dr Hasan Ali ketika menjawab pertanyaan dari rakan blogger dan wartawan portal walau keadaan masa pada petang itu agak singkat kerana pada sebelah malamnya ada roadshow yang perlu dijayakan.

Antara isu menarik yang sempat dikupas pada petang itu ialah berkenaan tuduhan gila jawatan MB yang ditohmah oleh ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Tohmahan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Dr Hasan Ali dan menganggap ia sebagai satu tuduhan yang sangat jahat pernah dilontarkan oleh seorang penganut Parti Islam (Pas).

Isu keruntuhan moral seorang exco wanita kerajaan negeri Selangor juga turut diulas apabila soalan diaju mengenainya. Dr Hasan Ali menjelaskan pada ketika itu sangkaanya bahawa Elizebeth Wong akan meletakkan jawatan setalah kembali bercuti selama 2 bulan, tetapi nyata meleset sama sekali, setelah MB tidak membenarkan.

Pandangan Dr Hasan Ali terhadap isu video seks yang melibatkan ketua Pembangkang Malaysia turut menjadi perbualan hangat pada petang itu. Kami yang hadir tekun mendengar penjelasan yang diberikan. Kaedah pendekatan bersangka baik diambil oleh beliau demi untuk menjaga hubugan baik sesama Islam.

Sebenarnya, banyak lagi isu menarik dijelaskan oleh Dr Hasan Ali pada hari tersebut, dikesempatan ini wak hanya larat menukil beberapa sahaja point penting bagi menggambarkan  dan menceritakan pengalaman wak ketika berkunjung ke sana.

Untuk mendapatkan cerita yang lebih detail bekenaan perjumpaan kami para blogger dan wartawan protal pada petang itu boleh dirujuk DI SINI


Apa-apa pun, susana redup pada petang itu memang best apabila tetamu yang hadir dijamu dengan mee kari sambil ditemani dengan landscape indah kolam ikan berair terjun yang terletak di sudut  tepi rumah Dr Hasan Ali...hehehehehe


WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.