Ahad, 12 Februari 2012

Pencaci Dap Meroyan Bila Polis Anggap Bukti Rakaman Video Insiden KFC Sebagai 'Besi'

    3:00:00 PTG   No comments


Pihak polis telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa hanya rakaman CCTV di tempat kejadian sahaja akan diterima dan diguna pakai sebagai bahan bukti untuk membantu siasatan kes pergaduhan yang berlaku di salah sebuah outlet KFC yang terletak di I-City, Shah Alam.

Pihak polis juga turut menolak segala bukti rakaman video yang dimuat naik ke dalam laman Youtube sebagai bahan bukti kerana tidak pasti samada video tersebut telah disunting (edit) atau tidak oleh mana-mana pihak bagi tujuan tertentu.

Sudah pasti dengan kenyataan yang dibuat oleh pihak polis ini akan membuatkan golongan ultra kiasu Dap lebih meroyan lagi kerana mereka sangat berharap agar rakaman video insiden yang berlaku di KFC tempoh hari yang telah dimuat naik ke dalam internet dapat diguna sebagai bahan bukti.

Apa boleh buat, ini adalah sebahagian daripada kebodohan yang dimiliki oleh penyokong Pakatan Pembangkang. Mereka sepatutnya tidak menyiarkan rakaman tersebut kepada umum sebelum siasatan yang dilakukan pihak polis selesai. Contoh terbaik rujuk kes video seks Anwar Ibrahim, sebelum ia ditanyang untuk tontonan orang ramai, bukti rakaman asal telah diserahkan kepada pihak polis terlebih dahulu sebelum ia disensasikan di laman Youtube.

Sekarang rakaman sedia ada tidak boleh dipakai, melainkan rakaman penuh kamera CCTV yang terdapat dalam restoran KFC tersebut. Segala temberang dan putar belit yang dipersembahkan oleh dua orang wakil Dap (peguam & ahli politik) dalam laporan Malaysiakini tempoh hari, akan terjawab semuanya apabila pihak polis selesai membuat sisatan untuk memastikan siapa yang menjadi punca utama pergaduhan itu berlaku.

Jeng..jeng..jeng..Kita lihat siapa yang kena...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.