Wak J: Dahsyat betul tajuk berita yang tersiar dalam laporan Mstar Online hari ini. Kalau tersilap faham boleh jatuh syirik bagi orang Islam yang menyebut perkataan seperti 'tidak boleh hidup tanpa telefon pintar'.
Sesungguhnya, bagi kita yang beragama Islam percaya hanya Allah SWT sahaja yang mampu menghidup atau mematikan makhluk ciptaanya. Ungkapan seperti ini amat merbahaya jika digunakan oleh orang Islam tanpa pemahaman yang jelas.
Adalah lebih sesuai jika tajuk yang digunakan itu meyebut 'tidak lengkap hidup tanpa telefon pintar'. Diharap pihak media akan lebih peka tentang perkara ini, agar ia tidak berulang kembali di masa hadapan.
Wak sekadar mahu mengingatkankan, takut gaya penulisan atau ungkapan seperti ini akan mempengaruhi dan mendatangkan mudarat pada diri kita dan orang lain. So, kita yang Islam ini kena berhati dalam setiap tutur kata yang ingin diungkap atau diucap. Jangan main ikut sedap mulut bila menulis atau bercakap. Peace No War
Setakat ni belum ada lagi yang mati sebab tak pakai smart phone
Seramai 1,336 orang telah menyertai pengundian tidak rasmi yang bertajuk “Hooked on Smarphones” yang telah diposkan dalam The Star Online pada tengah malam Jumaat dan ditutup pada 4.30 petang Sabtu.
Daripada jumlah itu, 70 peratus responden adalah lelaki dan 75 peratus adalah mereka yang berumur antara 21 dan 40 tahun.
Hampir 86 peratus responden menggunakan telefon pintar mereka untuk memeriksa emel, “tweets” atau mengemaskinikan laman sosial Facebook.
Kira-kira 71 peratus memerlukannya untuk mengikuti berita terkini manakala 56 peratus untuk permainan dalam telefon itu.
Separuh daripada mereka yang melakukan tinjauan itu menggunakan telefon pintar sebanyak enam hingga 20 kali sehari untuk sebab-sebab di atas manakala 24 peratus lagi menggunakannya lebih 20 kali sehari.
Sebanyak 55 peratus responden berkata, mereka menggunakan telefon pintar itu kurang daripada 15 minit setiap kali manakala 15 peratus lagi berkata, mereka menghabiskan masa lebih 30 minit.
60 peratus responden pula mengakui telefon pintar itu digunakan semasa mesyuarat dan semasa makan bersama orang lain.
Kira-kira 59 peratus pula mengaku menggunakan telefon sambil memandu.
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..