Khamis, 22 Mac 2012

Exco Agama Islam Selangor Tidak Peduli Pada Sesiapa Yang Hendak Murtad!

    3:00:00 PTG   1 comment


Wak J: Inilah akibatnya kalau orang bukan dari aliran agama menyibuk hendak menjadi exco menjaga hal ehwal agama Islam.

Apa masalahnya jika jawatan ecxco agama Islam negeri kerajaan negeri Selangor itu diserahkan kepada mereka yang ahli dalam bidang agama terutamanya daripada Parti Islam Pas.

Soal akidah bukanlah soal idividu semata-mata. Ia melibatkan seluruh masyarakat dan pihak yang dipertanggujawabkan untuk memantau gejala murtad ini.

Selaku Menteri Besar dan exco agama Islam, Khalid Gagap tidak boleh memandang ringan akan perkara ini kerana selaku ketua dan pemimpin adalah menjadi tanggungjawabnya menagani isu ini.

Ingat! Sekiranya seorang ketua atau pemimpin gagal melaksana amanah yang diberikan, maka azab yang bakal menanti untuk dirinya adalah amat berat sekali.




SHAH ALAM:
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali pada Rabu berkata kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu keluarga seseorang mangsa murtad itu menyelesaikan sendiri masalah terbabit menunjukkan sikap "lepas tangan" Menteri Besar Selangor itu dalam menangani isu berkenaan.

Beliau berkata kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sepatutnya serius menangani gejala itu daripada terus berleluasa dengan menambah bilangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Dengan pertambahan bilangan penguatkuasa, kerajaan negeri juga boleh cadangkan menubuhkan satu unit khas untuk tangani bukan saja gejala murtad, tetapi juga zina, arak dan pelbagai isu moral lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penjelasan Abdul Khalid, yang juga Exco Hal Ehwal Islam negeri ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) pada sidang DUN mengenai isu murtad.

Abdul Khalid (PKR-Ijok) dalam sesi itu berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada keluarga dan rakyat masing-masing di negeri ini untuk menangani gejala murtad.

Menteri Besar berkata sebanyak 130 kes murtad direkodkan dari 2004 hingga 2011, dengan 16 kes daripadanya sudah diselesaikan.

Petikan dari BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. Bila seseorang tu murtad ibubapa dan bapak sedara dia MESTI sibuk. Tanggungjawab mereka!

    Pemimpin ibarat BAPA kepada Sesiapa saja rakyatnya. Bagaimana Khalid boleh lepas tangan tanggungjawab wajibnya.
    Adalah kah kalau anaksedara atau cucunya berzina, dia boleh kata begitu?
    Bagus betul pengetahuan kemasyarakatan Islam exco ugama ni.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.