Sabtu, 10 Mac 2012

FITNAH Adalah Sumber Ilhamku..Kalau Tak FITNAH Bukan PKR Namanya!

    1:40:00 PTG   No comments


Wak J: Bak kata MyKMU,sungguh pun pembaca Malaysiakini bijak berbahasa Inggeris tapi sebenarnya dia orang ini tidak mempunyai kemampuan berfikir yang baik. Mereka hanya percaya bulat-bulat apa sahaja yang dilontarkan oleh pemimpin mereka untuk survival politik.

Apa boleh buat, kalau dah namanya PENCACAI, memang itulah sifat semula jadi mereka yang sebenar. Mahu tidak mahu terpaksa percaya walau apa yang disampaikan kepada mereka itu hanyalah sekadar manipulasi berita atau fitnah yang direka-reka.

Pemimpin Pakatan Haram seperti sudah kehabisan modal, sehinggakan isu pertunangan anak Pedana Menteri turut ingin disensasikan dan dipolitikan. Tuduhan yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang ke atas ahli keluarga Najib memang sudah keterlalulan.

Pihak yang merasakan diri diftnah perlu membuat sesuatu sebelum persepsi buruk yang dicipta oleh Pakatan Pembangkang ini akan meracuni pemikiran rakyat. Penafian dari Setiausaha Akhbar Perdana Menteri terhadap fitnah jahat yang dilemparkan oleh PKR ini masih tidak mencukupi untuk mendiamkan mulut pemimpin Pakatan selagi mereka tidak diberi pengajaran yang sepatutnya.


KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri menuntut Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memohon maaf atas tuduhan liarnya berhubung pembiayaan majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat menggunakan wang kerajaan.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam kenyataannya petang ini menafikan tuduhan tersebut sekeras-kerasnya.

Menurut beliau, tuduhan yang dilemparkan oleh Rafizi itu adalah satu fitnah yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej Perdana Menteri.

“Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaan beliau, yang mana ia adalah palsu, fitnah dan memburuk-burukkan reputasi Perdana Menteri.

“Majlis pertunangan tersebut TIDAK langsung menggunakan dana awam, ia dibayar sendiri oleh Perdana Menteri dan keluarganya,” kata beliau.

Rafizi hari ini membuat dakwaan melalui media berhubung majlis pertunangan itu kononnya menelan kos berjumlah RM409,767 dan bil majlis tersebut dialamatkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Anak perempuan Perdana Menteri, Noryana Najwa Najib bertunang dengan pemuda warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev di dalam satu majlis yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana pada 17 Jun tahun lalu. – Mynewshub.my

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.