Sabtu, 10 Mac 2012

Tabiat Suka Tabur Duit..Lagi Perangai Buruk Najib Razak Didedahkan Kepada Rakyat

    5:29:00 PTG   No comments


Wak J: Tabiat buruk Najib Razak suka memberi duit kepada rakyat seperti menuang air di atas jalanraya pasti akan mengundang perasaan tidak tenteram di hati pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang.

Individu yang cukup berbulu melihat tabiat tak senonoh Najib ini sudah tentunya orang itu ialah Anwar Ibrahim. Ramai yang tidak menyangka terutama sekali dari kalangan penyokong parti pembangkang bahawa kerajan BN di bawah pimpinan Najib Razak adalah sebuah kerajaan yang pemurah.

Bagi luka parah yang dicurah jus limau nipis. Begitulah gambaran perasaan pemimpin dan penyokong taksub pembangkang ketika ini apabila melihat perbuatan jijik Najib yang gemar memberi duit dan menghulurkan bantuan kepada rakyat tannpa mengira lapisan gologan rakyat.

Sekiranya Najib mengekalkan tabiat buruknya yang suka memberi duit dan membantu rakyat, insyAllah perbuatan jahatnya ini akan dibalas Tuhan dengan kemenangan besar pada PRU13 akan datang.

JOHOR BARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu mengumumkan peruntukan RM150 juta bagi menaiktaraf lebuh raya Pasir Gudang, di sini.

Najib yang mengumumkan berita gembira itu pada majlis perjumpaan bersama penduduk setempat di Taman Setia Indah, di sini, berkata projek berkenaan akan menjadikan lebuh raya empat lorong itu ketika ini kepada enam lorong.

"Projek naik taraf empat lorong kepada enam lorong itu dimulakan menerusi fasa satu yang melibatkan laluan dari persimpangan Kangkar Tebrau ke persimpangan Plentong sejauh lapan kilometer," katanya semasa berucap pada majlis itu.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Puteri Wangsa Datuk Abdul Halim Sulaiman dan Adun kawasan Tebrau Datuk Maulizan Bujang.

Perdana Menteri berkata projek naik taraf lebuh raya yang sesak itu membuktikan kerajaan sentiasa mendengar apa yang dihasratkan oleh penduduk dan masyarakat sekitar.

Terdahulu, sejurus tiba di kawasan perumahan itu, Perdana Menteri memulakan program tinjauan mesranya dengan berbasikal bersama belia pelbagai kaum di kawasan rekreasi perumahan tersebut.

Selepas itu, dengan berjalan kaki, beliau kemudian dibawa melawat kawasan perniagaan, medan selera dan pasar awam Taman Setia Indah untuk beramah mesra dengan orang ramai sebelum berucap pada majlis perjumpaan dengan penduduk setempat.

Pada majlsi itu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM2.735 juta bagi menyiapkan 316 unit projek perumahan rakyat Taman Setia Indah yang terbengkalai sejak tahun 2008.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi pembinaan masjid Taman Puteri Wangsa dan RM2 juta bagi pembinaan bangunan tambahan empat tingkat untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew, Taman Mount Austin, di sini.

Beliau turut menyampaikan Notis 5A, surat hak milik tanah, kepada 297 orang penduduk Kampung Baru Ban Foo, Kampung Sungai Penderam dan Kampung Pasir Putih yang kesemuanya di bawah Parlimen Tebrau.- BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.