Sabtu, 10 Mac 2012

Pembangkang Bengang Bila TPM Mula Menunjuk-Nunjuk Sifat Keprihatinanya Pada Rakyat

    11:30:00 PTG   No comments


Wak J: Apa jua perkara yang boleh membuatkan hati rakyat berasa senang dan tenang kita memangkah kertas undi, ia perlu dilaksanakan dengan kadar segera tanpa perlu  menunggu hari esok.

Rakyat kini sedang berada dalam keadaan mood menilai siapakah diantara BN dan PR yang layak memimpin mereka.

Prestasi yang baik perlu ditonjolkan, jika ingin terpilih sebagai sebuah Kerajaan Malaysia yang baru apabila berkahirnya PRU13 kelak.

Pedulikan apa yang hendak dikata oleh pemimpin Pembangkang bersama penyokongnya. Keghairahan kerajaan BN menunjukan sifat keprihatinanya kepada rakyat telah mebuat pihak lawan BN dalam pilihanraya mula terasa panas punggung dan tidak senang duduk.

Diharap selepas ini akan ada lebih banyak berita baik didengarkan ke telinga rakyat yang selama ini begitu berharap nasib mereka terbela. Setiap berita baik yang diwar-warkan oleh Kerajaan pasti akan bertukar menjadi mimpi ngeri kepa Pakatan Pembangkang.


KULAIJAYA 10 Mac — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Jabatan Perkhidmatan Awam dapat melaksanakan pelarasan skim perkhidmatan perguruan secepat mungkin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, ini selaras dengan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita berharap tempoh pelarasan itu dapat disegerakan berdasarkan pengumuman (pembatalan SBPA) oleh PM (Perdana Menteri). Mereka pun menunggu dan mengharapkannya di dalam tempoh terdekat,” katanya menambah pengumuman itu disambut baik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri program Jelajah Sayang 1Malaysia di Kem Bina Negara Gunung Pulai, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Muhyiddin juga berkata, apa yang telah dijanjikan kerajaan kepada golongan guru akan ditunaikan.— BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.