Isnin, 12 Mac 2012

Shahrizat Undur, Mak Lampir Ketawa Dalam Tangisan

    2:14:00 PTG   No comments



Wak J: Berita pengunduran Shahrizat Jalil dari jawatan kabinet yang telah disandang sejak dilantik menjadi Senator telah memberikan kelegaan hati kepada pihak tertentu terutama sekali segelintir pemimpin Umno yang ingin sangat melihat beliau berundur.

Impian Zuraidah MP Ampang atau lebih galmour dikenali sebagai Mak Lampir akhirnya tercapai. Wak yakin berita pengunduran Shahrizat Jalil dari jawatan kabinet yang disandangnya adalah sesuatu perkara yang di luar jangkaan mereka.

Walaupun selama ini desakan meraka agar Shahrizat berundur sering dilaungkan oleh pemimpin Pakatan dan penyokong mereka serta di 'support' oleh segelintir pemimpin Umno. Namun jauh di dalam sudut hati mereka ini sebenarnya tidak mahu Shahrizat berundur.

Kenapa wak berkata sedemikian, kerana jika Shahrizat kekal menyandang jawatanya hingga ke PRU13, maka isu NFC yang melibatkan pembabitan perniagaan ahli keluarganya akan terus dedendangkan hingga keputusan PRU13 berakhir.

Percayalah, selepas pengunduran Shahrizat dari jawatanya disahkan, cerita NFC yang selama ini dijadikan modal oleh Pakatan Pembangkang untuk menghentam kerajaan akan terdiam dari dibicarakan. Pakatan Pembangkang kehilangan satu lagi modal besar untuk dijaja pada PRU13 akan datang.

Tahniah kepada Sharizat Jalil kerana memiliki jiwa yang besar sebagai seorang pemimpin, walau ada pihak yang kurang bersetuju dangan penguduran ini. Namun ketetapan untuk berundur yang dibuat oleh beliau harus dihormati. Mungkin ada sesuatu hikmah yang besar disebalik pengunduranya ini, siapa tahu?

Berundur tidak bermakna sudah kalah, selepas ini Shahrizat Jalil boleh memberi sepenuh tumpuan kepada jentera Wanita Umno dan BN bagi menyusun strategi menawan hati pengudi sekaligus memastikan kemenagan BN padu PRU13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

 
Datuk Seri Shahrizat Abduk Jalil semalam mengumumkan akan mengundur diri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Kelurga dan Masyarakat sebaik sahaja tempoh sebagai Ahli Dewan Negara berkahir pada 8 April ini.

Beliau bagaimanapun akan terus kekal memegang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan Ketua Wanita Barisan Nasional.

Surat berhubung perkara itu yang berkuat kuasa 8 April ini sudah disiapkan untuk doserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Najib dalam reaksinya menyifatkan keputusan Shahrizat itu sebagai tepat dan betul serta satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti.

Sumber UTUSAN MALAYSIA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.