Sabtu, 7 April 2012

Aktiviti Rasuah Di Sebalik Masalah Sampah Selangor

    10:00:00 PG   No comments


Masalah sampah sudah menjadi begitu ketara di negeri Selangor. Saban hari Rakyat asyik merungut, sampah yang sudah berbau masih lagi tidak dikutip.

Macam-macam helah dan alasan diberi oleh pemimpin Pakatan Rakyat berhubung isu sampah ini.  Namun semua alasan yang diberi bertujuan untuk menyamun kontrak sampah yang diperolehi Alam Flora.

Margin keuntungan dari hasil kutipan sampah yang sedikit, kemudian zon kutipan pula dikecilkan selain daripada tekanan dari pihak kerajaan negeri melaluli PBT telah menyebabkan kontraktor dan sub kontraktor membiarkan sisa buangan tidak berkutip.

Setelah kontrak sampah Alam Flora ditamatkan, kemudiannya kontrak tersebut diagih-agihkan pula kepada kroni-kroni yang selama ini menjadi penyokong atau aktivis parti sebagai tanda membalas jasa walau mereka ini tidak mempunyai pengalaman langsung dalam hal-hal pengurusan sampah.
Ada di antara kroni-kroni Pakatan ini hanya menjadi broker yang hanya kerjanya mengumpulkan sub-kontraktor sampah dan ada juga yang hanya menjadi broker atas  angin.

Seperti yang didakwa oleh Dr Jacob George, unsur-unsur rasuah didapati berlaku dalam urusan pembahagian kontrak antara kontraktor dan sub-kontraktor sehingga menyebabkan mutu perkhidmatan  kutipan sampah terjejas teruk.

Penyelewengan atau rasuah kian berleluasa di dalam kerajaan Pakatan Selangor  berkaitan dengan isu pemberian tander kutipan sampah ini. Ada yang sudah menjadi kaya raya dalam sekelip mata dengan memiliki kereta mewah dan ada juga mengendalikan lebih 30 sub-kontraktor dalam satu masa.

Kerajaan negeri Selangor, melalui exconya Ronnie Liu telah membeli 50 buah compactor, yang dianggarkan sebuah compactor berharga RM250 ribu dengan menggunakan duit rakyat Selangor. Jika 50 buah, cuba kira berapa jumlah komisen yang bakal Ronnie Liu dapat.

Keadaan ini memang tidak pernah berlaku dalam mana-mana kerajaan negeri yang ada di negara ini. Segala kemudahan untuk mengutip sampah disediakan sendiri oleh pihak kontraktor.

Rakyat Selangor perlu sedar sekiranya kerajaan negeri Pakatan Selangor tidak mengganggu kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh pihak Alam Flora sebelum ini, pasti masalah longgokan sampah seperti yang dapat kita lihat hari ini tak akan berlaku. Duit rakyat Selangor pula dapat dijimat serta diselamatkan dari dilahap oleh manusia-manusia rakus dalam Pakatan Rakyat.

Apa boleh buat, semasa PRU12 yang lepas, rakyat Selangor sendiri yang memilih Pakatan Rakyat sebagai pemerintah, jadi untuk sementara waktu ini kenalah tahan hidung sikit menghidu bau sampah sementara menunggu PRU13 tiba untuk menukar kerajaan yang baru.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.