Selasa, 17 April 2012

Hilang Peluang Pekerjaan, Rumah Pula Tak Berair..Nasib Malang Bakal Menimpa Rakyat Selangor

    12:30:00 PTG   No comments


Sebanyak 12 ribu peluang pekerjaan untuk rakyat Selangor terlepas begitu sahaja gara-gara permainan politik MB Selangor yang enggan memberi persetujuan kepada projek pembinaan Logi Rawatan Air Langat 2.

Menurut kenyataan Menteri Pertanian dan Idustri Asas Tani, Datuk Noh Omar, pihak SYABAS tidak dapat menyalurkan bekalan air bersih yang mencukupi kepada kilang berkenaan disebabkan kekurangan bekalan air bersih di Selangor.

Pihak SYABAS melahirkan rasa bimbang kerana dikhuatiri tidak dapat memberikan komitmen 100% kepada kilang-kilang tersebut untuk menyalurkan bekalan air bersih kerana rizab air Selangor tidak mencukupi.

Akibat dari ego kerajaan negeri Pakatan Selangor, yang mendapat balanya kemudian hari sudah tentunya rakyat Selangor sendiri.

Negeri Selangor dijangka akan menghadapai krisis air yang sangat dahsyat pada tahun 2014 sekiranya Menteri Besar, Khalid Ibrahim masih lagi berdolak-dalih dalam menyelesaikan isu yang berbangkit ini.

Sebelum semuanya terlambat, rakyat Selangor mempunyai satu sahaja pilihan untuk mengelakkan masalah air yang dijangka berlaku dengan menukar kerajaan Pakatan Selangor yang ada sekarang kepada  kerajaan yang mampu dan lebih diyakini untuk menyelesaikan masalah air di Selangor.

Kerajaan itu sudah semestinya kerajaan BN!

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.