Sabtu, 19 Mei 2012

'Pengkhianat FELDA' Mengkhianati Pakatan Pembangkang Setelah Mendapat Durian Runtuh

    10:00:00 PG   No comments



Gara-gara hendak mendapatkan 'Durian Runtuh' yang berjumlah RM15 ribu, terdapat segelintir peneroka yang sudah dilabel sebagai 'pengkhianat Felda', sanggup manggadai maruah serta harga diri masing-masing demi mendapatkan duit tersebut.

Beberapa orang 'pengkhianat Felda' yang sebelum ini begitu lantang menentang penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia, kelibatnya dilihat hadir tanpa sedikit pun rasa malu untuk mengambil duit durian runtuh seperti mana yang telah dijanjikan.

Meludah ke langit, akhirnya jatuh kena muka sendiri, Allah telah membalas  segala perbuatan terkutuk Pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang  di atas sifat kufur nikmat dan tidak pernah rasa bersyukur terhadap kurniaan rezeki yang disampaikan melalui FELDA.


Segala macam hasutan telah dikata oleh pengkhianat ini kepada peneroka Felda apabila PM mengumumkan pemberian durian runtuh tak lama dulu. Sampai ada yang sanggup memfatwakan haram bagi peneroka Felda memakan duit dari pemberian durian runtuh oleh Kerajaan.

Semoga  apa yang berlaku ini menjadi pedoman kepada seluruh rakyat, agar tidak mudah diperdaya dan terpadaya dengan hasutan syaitan yang disampaikan oleh ejen-ejennya dari Pakatan Pembangkang.

Tak ada faedah dan untungnya jika peneroka Felda mendengar segala hasutan yang disampaikan oleh Pakatan Pembangkang ini, kerana kemampuan FELDA dalam membantu menaikan taraf dan mutu hidup orang Melayu tidak boleh disangkal dan dipertikai lagi.

Apa lagi yang kita mahu sebagai Peneroka Felda? Apa yang kita miliki hari ini adalah hasil titik peluh kita sendiri dan juga dari kebijaksanaan yang dikurniakan Allah terhadap pemimpin terdahulu yang berjaya membangunkan FELDA dari kawasan hutan belukar kepada penempatan tersusun yang dilengkapi dengan prasarana dan kemudahan yang sempurna.

Baca juga di Selangor Daily

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.