Wak J: Kegagalan kerajaan negeri Pakatan Selangor dalam menangani isu sampah yang sekian lama tidak berkutip telah menjadi punca kepada meningkatnya wabak denggi di Selangor.
Sikap sambil lewa dan sikap suka lepas tangan kerajaan negeri Pakatan, telah meyebabkan rakyat Selangor hidup dalam kebimbangan akibat diancam oleh wabak maut ini.
Sampai bila nasib rakyat Selangor akan terus kekal begini. Berjuta-juta ringgit duit rakyat Selangor telah dihabiskan kerajaan Pakatan Selangor kononya hendak menyelesaikan masalah sampah yang berlaku.
Adakah kerajaan Pakatan ingin menunggu bila ramai yang mati kelak, barulah terhegeh-hengeh hendak bertindak, dengan datang bersama lori sampah bernilai jutaan ringgit singgah dari rumah ke rumah?
SEPANG 19 Mei - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liong Tiong Lai
menyifatkan antara punca utama peningkatan hampir 50 peratus jumlah kes
dan kematian denggi di Selangor sejak Januari hingga minggu lalu,
adalah disebabkan oleh pungutan sampah yang tidak mengikut jadual
ditetapkan.
Beliau berkata, kegagalan tersebut telah memudahkan lagi pembiakan
nyamuk Aedes dan sekali gus meningkatkan jumlah kes serta kematian
akibat denggi di negeri itu.
Katanya, ia juga dipengaruhi dengan kepadatan penduduk dan perumahan yang tinggi di Selangor.
"Tempat pembuangan sampah yang tidak dibersihkan secara berkala
kerana sampah tidak dipungut dalam masa tertentu menyebabkan nyamuk
Aedes membiak dengan cepat.
"Kalau sampah dibiarkan lebih seminggu, ia sudah boleh membiakkan
nyamuk Aedes walaupun dalam sesudu air sahaja,'' katanya pada sidang
akhbar selepas merasmikan Karnival Sihat Cergas Ceria 2012 di Institut
Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Azman Abu
Bakar dan Pegawai Kesihatan Daerah Sepang, Dr Ruhaini Ismail.
Kementerian Kesihatan dalam kenyataan akhbar semalam menyebut
Selangor terus merekodkan jumlah kes dan kematian denggi tertinggi
dengan 4,161 kes dan 10 kematian sejak Januari hingga 12 Mei lalu,
meningkat hampir 50 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang
mencatatkan kira-kira 2,770 kes dengan tiga kematian. - UTUSAN
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..