Rabu, 13 Jun 2012

Apa Yang Pembangkang Dengki Sangat Dengan Peneroka & FELDA

    3:27:00 PTG   No comments


Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menyangkal dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kononnya peneroka Felda akan kehilangan faedah sokongan kebajikan sebanyak RM100 juta ekoran penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia.

Menurutnya, dakwaan oleh Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen hanyalah 'permainan' politik direka bagi mengelirukan peneroka.

Jelas beliau, hakikatnya apa yang dinikmati peneroka sebelum ini adalah kekal termasuk sokongan kebajikan berupa insentif Aidilfitri dan bantuan pendidikan.

"Saya sepatutnya tak perlu jawab kerana setiap kali PKR membuat dakwaan itu ini, kita (tampil) jawab. Tetapi, apabila isu-isu berkaitan pemimpin mereka seperti Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR), kenapa tak mahu jawab? Ini menunjukkan mereka tidak telus.

"Perkara ini (penyenaraian FGV), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah beberapa kali beri jaminan. Di Parlimen pun kita sudah banyak kali jawab. Apa yang peneroka dapat selama ini, mereka akan terus nikmati. Semuanya kekal," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau menjawab dakwaan Wong Chen yang disiarkan dalam portal propembangkang, The Malaysian Insider bahawa peneroka akan kerugian RM100 juta dari segi sokongan kebajikan ekoran penyenaraian FGV.

Najib sebelum ini memberi jaminan penyenaraian FGV akan memberi keutamaan kepada peneroka serta pekerja Felda bagi tujuan pemilikan saham syarikat konglomerat itu.

Najib yang juga menteri bertanggungjawab menjaga hal ehwal Felda turut menyatakan komitmen untuk melindungi agensi tersebut daripada ditimpa sebarang kemudaratan dan musibah.

Mohd. Isa berkata, ekoran jaminan Najib itu, penyenaraian FGV sepatutnya tidak dipolitikkan.

SUMBER UTUSAN MALAYSIA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.