Rabu, 3 Julai 2013

Jangan Buang Masa..Tangguh Atau Batalkan Saja Projek Langat 2 Tu!

    1:01:00 PG   2 comments

air-selangor-batal-langat2

Wak J: Sudah bertahun-tahun lamanya isu Loji Rawatan Air Langat 2 ini dibincang dan diperdebatkan, baik di blog-blog, laman sosial dan juga meja rundingan, tapi selama tempoh itu juga lah masih tiada lagi  sebarang keputusan menang-menang dibuat mengenainya.

Jika begini situasinya hingga sekarang, adalah lebih baik sekiranya Kerajaan Pusat menangguh atau membatalkan sahaja projek loji rawatan air tersebut. Projek Langat 2 ini hanya akan menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya mengambil alih Putrajaya, jika tidak jangan harap lah.

Menjoriti rakyat Selangor yang mengundi Pakatan Pembangkang pada PRU13 lepas menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan negeri menyekat pembinaan loji rawatan air ini. Mereka tidak mahu projek loji rawatan air Langat 2 diteruskan kerana lebih percaya akan temberang Khalid Ibrahim bahawa negeri Selangor tidak akan mengalami sebarang masalah air dari pendapat pakar yang berpengalaman.

Cukup lah kita membuang  masa untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini. Kerajaan Pusat tidak lagi perlu terhegeh-hegeh datang berunding dengan kerajaan negeri Selangor kalau pada akhirnya tidak mebuahkan apa-apa hasil.

Rakyat Selangor telah membuat keputusan muktamad tidak mahu dibantu kerajaan pusat dalam menangani masalah kekurangan bekalan air bersih yang dijangka berlaku  dua atau tiga tahun lagi. Rakyat Selangor juga mahu kerajaan negeri yang dipilih mengurus sendiri pengurusan air dan  menyelesaikan segala masalah yang timbul sekiranya krisis air yang diramal itu berlaku.

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor belum membuat pendirian berhubung pembinaan loji rawatan air, Langat 2 memandangkan proses rundingan penstrukturan semula industri air Selangor antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan belum selesai, Dewan Undangan Negeri Selangor, diberitahu hari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri mahukan rundingan pengambilalihan industri air Selangor oleh kerajaan dilakukan secara menyeluruh dengan mengambil kira pembinaan Langat 2 dan bukannya secara berperingkat-peringkat.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) apakah kerajaan negeri akan menerima cadangan pembinaan Langat 2 dan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Selangor bagi menghadapi krisis air di Lembah Klang semasa sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar berkata buat masa ini satu jawatankuasa pemantau yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammed Khusrin Munawi dan pegawai-pegawai dari agensi berkaitan seperti Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memantau bekalan dan permintaan air di Selangor.

Semasa menjawab soalan asal Dr Abd Rani Osman (PAS-Meru) mengenai perkembangan perundingan pengurusan air Selangor antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, beliau berkata buat masa ini kedua-dua pihak sedang menyediakan surat perjanjian bagi rundingan itu selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Wak, minta uar-uarkan bahawa Syabas bukanlah penyebab bekalan air di Lembah kelang menjadi kalut seperti yg disiarkan di atas. Minta anda semua membuka mata dan mencari fakta tentang masalah ini. Cuba baca kupasan saya dari sudut hidrology & kejuruteraan awam mengenai masalah tersebut dalam, "memahami sistem perbekalan air di Lembah kelang dan Projek langat 2 serta isu-isu berkaitan"

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html

    BalasPadam
  2. InsyAllah..wak akan menguwar-warkanya sedikit masa lagi. Terima kasih atas maklumat yg diberi.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.