Jumaat, 5 Julai 2013

Jangan Lepaskan Anjing Tersepit, Biar Mampus Penyokong Pembangkang di Mesir

    2:36:00 PG   14 comments

pelajar-mesir-pembangkang

Wak J: Rancangan Kerajaan menggerakkan segala eset negara untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang rata-ratanya adalah penyokong tegar Pakatan Pembangkang di Mesir sekiranya negara itu bergolak sekali lagi boleh di ibarat sebagai  perbuatan melepaskan anjing tersepit.

Setelah diberi pertolongan kepada mereka ini kelak, tangan kita yang bertungkus lumus membantu membawa mereka pulang pula akan digigitnya kembali. Ini bukan perkara baru dan pernah terjadi semasa Mesir dilanda 'Arab Spring' tak lama dulu.

Penyokong Pembangkang yang berDNA anjing ini sememangnya telah dilatih oleh tuan mereka agar tidak mengenang budi dan berterima kasih kepada orang lain yang telah membantu mereka keluar dari kesusahan.

Sekiranya pihak Kerajaan mahu membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir kembali ke tanah air jika keadaan di sana tidak selamat, elok sangat diberi keutamaan kepada pelajar atau ahli keluarga yang menyokong kerajaan terlebih dahulu.

Biarkan penyokong Pembangkang terus berada di Mesir supaya mereka dapat merasai sendiri pengalaman bagaimana sengsaranya hidup dalam keadaan negara yang tidak aman angkara demonstrasi jalanan.


NILAI: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia untuk menggerakkan asetnya sekali lagi bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir jika keadaan di negara itu terus bergolak.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, bagaimana pun setakat ini belum ada keperluan ke arah itu dan keputusan mengenainya akan diputuskan kerajaan melalui koordinasi Majlis Keselamatan Negara dan Wisma Putra.

"Kita memang telah bersedia sekiranya ada keperluan, tapi setakat ini belum ada keperluan dan saya yakin bahawa krisis yang dihadapi oleh Mesir ini dapat diselesaikan dalam beberapa ketika dan keadaan akan kembali reda," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) ke-45 di Stadium Universiti Sains Islam Antarabangsa, di sini Khamis.

Sekiranya, keadaan memerlukan ATM untuk menggerakkan asetnya, Zulkifeli berkata, beliau menjangkakan ia tidak akan menghadapi sebarang masalah lebih-lebih lagi, proses sama pernah dilakukan sebelum ini.

"Ops Piramid yang lalu begitu rumit sekali kerana kita perlu berhubung dengan negara-negara seperti Arab Saudi dan sebagainya. Jadi sekarang ini kita sudah ada hubungan itu dan jika kita perlu membawa pulang rakyat kita dari Mesir mungkin tidak akan menghadapi masalah," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata ATM juga bersedia untuk memberi bantuan kemanusiaan di Acheh yang menghadapi bencana gempa bumi, jika dipanggil untuk berbuat demikian.

"Kita mempunyai jaringan ketenteraan antara negara-negara Asean dalam misi bantuan seumpama itu dan akan mengaktifkannya apabila diperlukan bagaimana pun ia membabitkan hubungan ketenteraan serta hubungan dua hala antara kerajaan dengan kerajaan," katanya.

Kejohanan MAKSAK selama empat hari bermula semalam itu, disertai 452 atlet dari lapan negeri selain ATM, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara yang mengambil bahagian dalam 21 acara olahraga yang dipertandingkan.

Turut hadir pada majlis itu, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
14 ulasan:
Write comments
  1. Salam.

    Setuju sangat mereka2 T-Shirt kuning tu ditinggal kan di Mesir.
    Bukan nya nak niaya mereka bahkan agar depa dapat dalami ilmu Mesir Spring.

    BalasPadam
  2. Manusia yang tidak tahu apa erti perjuangan yang diajar oleh ulama fardu ain yg merasakan amat ego kerana lebih alim fardu ain maka dia telah menjadi alim politik, alim ekonomi., alim.serba serbi.

    BalasPadam
  3. tak payah ambik balik dan hantar...biar je depa kat situ...kan depa nak jadi anjing DAP

    BalasPadam
  4. Harap ketayap atas kepala je...tp apa boleh buat krjn BN yg zalim ni kan Bertangungjawab keatas rakyat malaysia

    BalasPadam
  5. Yang berdemo kat atas balik nanti dioranglah yang pertama mendaftar dengan SPA untuk makan gaji dengan gomen..air muka usahawan langsung tak ada...bila tak dapat keja mengutuk kerajaan..tak caya tengok lah yang lepas lepas...sejarah tidak pernah padam tetapi kita yang suka melupakan..

    BalasPadam
  6. terbaik dan setuju dgn wak! ayat yang paling aku suka ialah "Penyokong Pembangkang yang berDNA anjing ini sememangnya telah dilatih oleh tuan mereka agar tidak mengenang budi dan berterima kasih kepada orang lain yang telah membantu mereka keluar dari kesusahan".

    BalasPadam
  7. tak payah bawa balik pun tak apa.. ada dia orang kisah nak balik..? yang kat Syria pun tak kisah nak balik, inikan pula yang kat Mesir.. pelajar penakut macam orang UMNO jer yang terhegeh-hegeh nak balik.. baru gegar sikit dah gelabah badak tak tentu fasal.. berterabur lari tak cukup tanah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu namanya..Berani tapi bodoh..bila dah mampus mula lah mak bapak salahkan kerajaan sbb x paksa anak dia balik..

      Padam
    2. kalau mati pun tak apa.. mati ketika menuntut ilmu dikira syahid.. depa pergi belajar mesti depa faham perkara-perkara macam ni.. yang tak belajar tu yang susah nak faham.. harap keluarga para pelajar yang berda di tanah air ni bertenanglah.. sama jer belajar di Kaherah @ di K.Lumpur.. mati pasti datang.. pelajar yang tak nak balik tu biasanya dah dapat persetujuan dengan keluarga masing2..

      Padam
  8. Kepada baju kuning:

    Morsi naik takhta selepas Bersih berarak di jalanan.

    Jatuhnya Morsi adalah selepas Bersih tumbang dalam PRU 13.

    Apa maknanya?

    BalasPadam
  9. PAS,DAP,PKR CAN BRING THEM BACK..DONT WORRY

    BalasPadam
  10. TAK PAYAH BAWA BALIK MEREKA SEMUA YANG PAKAI T-SHIRT KUNING.... MEREKA SEMUA NAK MERASAI ARAB SPRING YANG DI KATAKAN BERLAKU DI MALAYSIA OLEH ORANG YANG KEMARUK NAK JADI PM MALAYSIA....

    TINGGALKAN JE ..... BIAR MAK/BAPAK DIA ORANG NAK MELALAK....MELALAK LAH......TAK TAHU NAK NASIHAT/JAGA ANAK.....

    BalasPadam
  11. x penah jd dlm sejarah msia merdeka buat demo haram smpi ke mekkah dan madinah..btol2 tolol2 melantun2..danta blaja demi masa depan diri sendiri dn kau keluarga,tp asyik nk menetang kjaan.!yg pakai serban kopiah tu baik buang dlm parit lg bagos la.akhlak lg terok dp haiwan.dh x reti nk beza baik dgn buruk!

    BalasPadam
  12. TAK PAYAH BAWAK BALIK..BALIK LA SENDIRI..KALAU PENCACAI CKP KENAPA TAK TLG BWK BALIK?CKP KAT DIORANG MASA KITA BAWAK BALIK DULU,BUKAN NK BERTERIMA KASIH..FITNAH LG ADA LA..CKP KERAJAAN KUTIP DUIT TAMBANG LA,APA LA..SEKARANG RASAKAN..

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.