Isnin, 16 September 2013

16 September, Hari Malang Buat Seluruh Penyokong Pembangkang

    1:50:00 PTG   2 comments

pembohongan-anwar-16september

Pada tanggal 16 September setiap tahun ada dua perkara bersejarah  berlaku dalam negara kita. Pertamanya ialah penyertaan Sabah dan Sarawak bersama negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Persekutuan Malaysia. Keduanya ialah episod pembohongan terbesar Anwar Ibrahim yang berjaya memperdaya seluruh penyokong PKR, PAS dan DAP bahawa dirinya akan ditabal menjadi Perdana Menteri pada tarikh tersebut.

Biarpun sudah beberapa tahun  peristiwa Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri melalui saluran belakang yang amat digemarinya itu berlalu namun ia tetap kekal terpahat dalam sanubari hati rakyat Malaysia sampai bila-bila.

Disaat seluruh rakyat Malaysia bergembira menyambut Hari Malaysia dengan percikan bunga api yang indah-indah di angkasa, terdapat sekumpulan manusia menganggap kedatangan 16 September yang berlaku setiap tahun ini sebagai hari kekecewaan atau tahun malang dalan hidup mereka apabila impian untuk melihat Pakatan Pembangkang mengambil alih Putrajaya dengan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bersepai di tengah jalan.



Berakhirnya PRU13 pada 5 Mei lepas, Barisan Nasional (BN) telah berjaya sekali lagi membentuk Kerajaan dengan mandat baru yang diberikan rakyat walau tidak mendapat sokongan kaum Cina. Dengan itu, peluang Anwar Ibrahim mahu menabalkan dirinya sebagai Perdana Menteri semakin mengecut apabila masa yang diberikan  oleh para pendana Yahudi padanya  semakin suntuk kerana hasil yang diharapkan tidak kunjung tiba setalah banyak duit habis dibelanjakan.

Ada pihak beranggapan berakhirnya PRU13 maka tamat sudah impain Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. Suka diingatkan di sini supaya jangan sesekali memandang rendah tentang keupayaan Anwar Ibrahim walau pada waktu sekarang kelibatnya kurang menonjol di media massa. Dalam keadaan terdesak sekarang, Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan dirinya menjadi Perdana Menteri walau terpaksa melawan takdir Tuhan yang telah ditetapkan dalam hidupnya.

Pasti ramai  sedang menjelir lidah sambil mentertawakan penyokong Pakatan Pembangkang bila menjelang tarikh 16 September kerana mengenangkan hari di mana mereka ini telah dikencing dan diperbodoh Anwar Ibrahim secukup-cukupnya. Namun apa yang pelik ntah mengapa setelah diperlakukan sedemikian, penyokong tegar Pembangkang ini tetap mempercayai idolanya itu akan menjadi Perdana Menteri satu hari nanti yang ntah tidak tahu bilanya. Ilmu sihir apakah yang diguna Anwar Ibrahim untuk menundukkan pengikutnya ini?

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Awatlah siTUA tak sedq diri ini masih sibuk BERANGAN mcm. si DUNGU-dgn-muka-MENGGERUNKAN, nak jadi PM, dibuai PARTI KENCING RAKYAT (yg. sebenarnya diDALANGI Puak SATANIS Kristian Zionis DAPSYAITAN/PKR, dgn sekutu PAP-Barat-Israelnya), yg. terus MENJAHANAMkan hak umat Islam/Melayu di TANAH MELAYU pusaka nenek moyang kita dari sebelum diJAJAH British-Zionis laknat lagi?!

    Sedangkan bersama YB TPM kita, TS Muhyiddin Yassin, YB PM kita, DS Najib Tun Razak kita makin ikut jejak ayahandanya, iaitu BAPA-BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN TERCINTA Tanah Melayu kita ini, yg. amat BERJASA pd. bangsa, agama dan negara, Allahyarham-Allahyarham YB PM Tun Abdul Razak Hussein dan YB TPM Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Maka, SYUKUR ALHAMDULILLAH di atas agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera oleh YB PM dan YB TPM kita!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    BalasPadam
  2. keyakinan diri anwar bahawa dia akan jadi PM tetap utuh,usaha tetap akan diteruskan,kalau ikut trend sekarang dimana kerusi BN semakin mengecil meyakinkan cita-citanya akan tercapai, melainkan BN dapat menambat semula hati rakyat pd pru 14 atau PR pecah kongsi,HAYAT DAN TAKDIR ALLAH SAJA YG ANWAR TAK DAPAT LAWAN walaupun pelbagai usaha telah beliau lakukan.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.