Ahad, 29 September 2013

Populariti Pak Guard 'Glamour' Tak Beri Tekanan Pada Mat Yo

    1:33:00 PTG   4 comments

mat-yo-jdt

Biarpun laporan berita menyatakan pasukan Johor DT belum boleh tersenyum kerana masih ada lagi satu perlawanan timbal balik di tempat lawan bagi saingan suku akhir kedua nanti, namun kejayaan membenam ego pasukan The Red Warrior (TRW) malam tadi di tempat sendiri tetap memberi kepuasan.

Tahniah kepada pasukan Johor DT (JDT) kerana berjaya memberi tekanan kepada pasukan Kelantan sekaligus menjadikan laluan TRW pergi ke saingan separuh akhir semakin berliku.

Persembahan Mat Yo malam tadi bersama rakan sepasukan melalui jaringan serta gerakan cantik ke pintu gol lawan wajar diberi pujian. Segala tekanan yang datang baik dari dalam stadium mahu pun dari luar berjaya diserap dengan baik walau pasukan lawan cuba merapatkan jurang gol.

Nampaknya, aura atau populariti Pak Guard 'Glamour' gagal memberi tekanan kepada Mat Yo ekoran dari isu hangat yang sedang melanda bininya.

Syabas sekali lagi kepada pasukan JDT kerana mempamerkan mutu perlawanan bola sepak yang berkelas tinggi. Dengan berbekalkan kemenangan 4-2 semalam diharap ia mampu memberi sutikan semangat kepada pemain dan mengekalkan momentum kemenangan apabila bertandang di tempat lawan sekaligus melayakkan pasukan bola sepak kesayangan rakyat Johor ini mara ke pusingan seterusnya.

pak guard nurul

Johor Bahru: Johor Darul Takzim (JDT) membawa bekalan selesa bertandang ke Kota Bharu, Sabtu ini selepas menjinakkan juara bertahan, Kelantan 4-2 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Berpunca dari tindakan keras Zairul Fitree Ishak yang mengasari Safee Sali seawal minit keempat skuad Harimau Selatan dihadiahkan sepakan percuma dan Jasazrin Jamaluddin yang melakukan sepakan dari jarak 25 meter tepat menuju ke penjuru kanan gol yang gagal diselamatkan, Khairul Fahmi Che Mat.
Sorakan Larkin bergema menyambut jaringan Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo pada minit ke-21 berpunca dari rembatan Safee yang gagal ditangkap kemas Khairul Fahmi. Bola itu kemudian pantas disambar Mat Yo yang kemudian bertindak menggelecek dua pertahanan The Red Warriors (TRW) untuk mencipta gol kedua buat tuan rumah,

JDT di kelas tersendiri

Namun, pelawat bangkit merapatkan jurang gol pada minit ke-22 selepas bola sepakan leret Indra Putra Mahayuddin terbias kaki Aidi Zafuan Abd Radzak menyaksikan penjaga gol, Muhd Al-Hafiz Hamzah tersilap langkah dan sekadar melihat bola menerjah jaring.

Tindakan Khairul Fahmi yang bertindak menjatuhkan Safee di dalam kotak penalti pada minit ke-34 menyaksikan pengadil, Samsuddin Ibrahim tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti.

Apa pun, Safee gagal melakukan penyudah apabila bola sepakan derasnya diselamatkan penjaga gol TRW itu.

Nyata Harimau Selatan berada di kelas tersendiri apabila mencipta gol pada minit ke-39 selepas usaha Norshahrul yang menggelecek bola dari kawasan tengah padang pantas melorongkan bola kepada Safiq Rahim yang tidak dikawal dan kemudian bertindak menyepak bola leret menewaskan Khairul Fahmi.

Penjaga garisan cedera

Namun apa yang cuba dilakarkan oleh Harimau Selatan bagaikan menjadi mimpi ngeri apabila TRW kembali bangkit merapatkan jurang gol pada minit ke-49 berpunca dari bola sepakan lintang Mohd Norfarhan Mohamad ditanduk kemas Obinna Nwaneri menewaskan Muhd Al-Hafiz.

Apa pun aksi kedua-dua pasukan terpaksa dihentikan pada minit ke-60 selama lima minit selepas penjaga garisan pertama, Mohd Sabri Mat Daud yang mengalami kecederaan otot terpaksa digantikan dengan pengadil keempat, Zulkarnain Zakaria.

Kejadian itu adalah pertukaran pertama membabitkan pengadil pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Insiden itu tidak menghalang Harimau Selatan kembali bangkit untuk mencipta jaringan pada minit ke-81 selepas pemain gantian Leonel Nunez meledak rembatan kencang dari sepakan percuma tepat ke penjuru kanan gol untuk memastikan kemenangan selesa tuan rumah.
Berita Harian

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. Minah Jalang sebelah pak guard tu nak menepek glamor... abis tu kata la ...INI SEMUA SALAH UMNO...!!!! TAK TAU DIDIK Rakyat lebih bersopan... Jd apa lak komen anda...??

    BalasPadam
  2. Anak aljub cuba nak cari kesempatan dan keuntungan politik disitu.Asalkan ada isu yg dapat perhatian umum mesti puak2 hipokrit ni ada menempel.Macam ciba*

    BalasPadam
  3. jalang cibai semua ade,macam ni ke macai yg najib mahu?

    BalasPadam
  4. Ooo rupa2nya pak guard nie org pakatan haram..aku sokong bini mat yo!!!

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.