Ahad, 29 Disember 2013

PKR Perlu Desak Keluarga Azmin Ali Disiasat Isu Pemilikan Harta Luar Biasa

    6:00:00 PG   1 comment


Wak J: Ini kali pertama wak setuju dengan kenyataan Tian Chua bahawa mana-mana individu yang hidup melebihi kemampuanya wajar disiasat oleh SPRM.

Wak pasti anak Najib ini tidak mempunyai masalah untuk disiasat oleh pihak SPRM jika dia yakin segala harta dan aset yang dimiliki itu datang dari sumber yang halal.

Namun, untuk lebih adil dalam hal ini, Tian Chua sepatutnya menyarankan pihak SPRM menyiasat juga mana-mana pemimpin Pembangkang yang pernah didakwa memiliki harta lebih dari kemampuan hidupnya seperti keluarga Azmin Ali semasa menjadi pembantu khas kepada Anwar Ibrahim ketika menjawat jawatan Tim. Perdana Menteri sebelum di pecat keluar dari BN.

Jika Tian Chua berani mengarahkan SPRM menyiasat segala harta kekayaan yang dimiliki Azmin Ali dan isteri, barulah dapat dilihat niat ahli Parlimen Batu itu benar-benar ikhlas mahu membentras penyelewengan, salah guna kuasa atau rasuah.

PKR tuntut anak Rosmah disiasat isu kondo RM110j
 
Keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasatnya, kata PKR.

"Dengan segala bukti ini - sangat jelas bahawa keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan mereka.

"Dari mana mereka mendapat wang dan pendapatan yang besar ini?" soal Naib Presiden PKR Tian Chua kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Tian Chua yang juga anggota parlimen Batu berkata, berdasarkan standard pemerhatian negara-negara lain, hidup melebihi kemampuan akan mendorong siasatan badan pencegahan rasuah.

Laman pembocor maklumat Serawak Report semalam melaporkan, anak lelaki isteri perdana menteri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu yang berusia 36 tahun membeli seunit kondominium berharga AS$33.5 juta (RM110 juta) di New York.

Mkini

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

1 ulasan:
Write comments
  1. mr. skandal berani ke suroh sprm siasat bakal bapak mertua punya harta. habis mak bapak adik abang jadi hartawan segera..

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.