Isnin, 23 Jun 2014

Kalimah Allah: The Herald Gagal Lagi

    9:11:00 PTG   2 comments

kalimah-allah-the-herald
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhbar mingguan Katolik, The Herald, pada Isnin bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya edisi bahasa Melayu.

Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, yang mempengerusikan panel mendengar hujahan tujuh hakim daripada kedua-dua pihak berhubung permohonan kebenaran merayu itu.

Ini merupakan panel yang besar seumpamanya untuk menentukan permohon rayuan.

Gereja itu memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Oktober 2013, yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam versi bahasa Melayu terbitannya.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan itu daripada menggunakan kalimah Allah adalah menyalahi undang-undang, terbatal dan tidak sah.

Pada 2009, gereja Roman Katolik diketuai Paderi Besar Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman yang menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, antara lain memohon perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Majalah mingguan itu, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam versi bahasa Melayu, terutama bagi memenuhi keperluan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. SYUKUR ALHAMDULILLAH – tetapi sepatutnya, kes-kes berkaitan ISLAM/umatnya tidak dibenarkan sama sekali dibicarakan di mahkamah sivil (legasi si PENJAJAH Barat-ZIONIS) di NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kita ini!
    Baiklah si Gereja Katolik jgn. asyik nak tunjuk lagak kat Malaysia, NEGARA ISLAM ni serta kat umat Islam, sedgkan dlm. sejarah berabad lamanya, sehingga ke hari ini, lihatlah bagaimana Vatican/Gereja-gereja/paderi-paderi Kristian terlibat dlm begitu banyak Genosid termasuk pembunuhan beramai /perogolan anak-anak kecil Bumiputera Canada iaitu First Nation peoples – lihat di http://www.whale.to/a/annett.html , HIDDEN FROM HISTORY, The Canadian Holocaust:Through the Canadian residential school system, the Christian churches along with state authorities, the judiciary, doctors and the police implemented a policy of genocide against the native population, by Rev. Kevin D. Annett, MA, MDiv; dan di http://itccs.org/2014/03/22/pope-jesuits-and-anglicans-refuse-to-deny-criminal-charges-made-against-them-trial-to-proceed-as-shocking-new-evidence-suggests-joseph-ratzinger-still-wields-power-at-the-vatican/ , Pope, Jesuits and Anglicans refuse to deny criminal charges made against them – Trial to proceed as shocking new evidence suggests Joseph Ratzinger still wields power at the Vatican – Ratzinger and others are named as members of a child abuse cult, Posted on March 22, 2014!

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..

      Nak buat macam mana kalau dag begitu aturanya..Setidak-tidaknya satu masalah selesai...kita tinggu apa respon puak2 gereja lepas ni...

      Padam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.