Rabu, 16 Julai 2014

Khalid Samad Dinasihat Jangan Biadap Dengan Sultan Rakyat Selangor

    8:54:00 PTG   1 comment

khalid-samad-biadap
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ditegur supaya lebih beradab dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutama berhubung isu sensitif.

Teguran itu dibuat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehari selepas wakil rakyat PAS itu dilabel sebagai biadap, kerana mempersoalkan peranan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu.

“Saya rasa dalam melakukan dan juga untuk menjaga ketenteraman, kejayaan sesuatu pengurusan itu bukan sahaja perlu mengikut lunas undang-undang, tetapi adab dan tertib juga harus kita utamakan.

“Dalam senario di Malaysia, oleh kerana kita ada sistem raja berpelembagaan jadi kita kena mengambil kira perkara tersebut,” katanya pada sidang media di Shah Alam pada Rabu.

Abdul Khalid berkata demikian bagi mengulas mengenai titah murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap Khalid Samad yang sebelum ini mendesak supaya Mais tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu.

Menyifatkan wakil rakyat PAS itu bersikap biadap, baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. Ini ada seikor lagi yg turut mehina sultan Selangor.Nama Mohd Norshahrudin Samudi. Berkerja sebagai kerani di Pejabat Daerah Gombak.Lihat FB beliau.harap pihak yg berkenaan dapat mengambil tindakan diatas penghinaan terhadap penghinaan tersebut.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.